Bintang   Pengurusan Dan Pengelolaan Prasekolah   Bintang

Tempat Rekreasi Ruang Belajar Tempat Rekreasi

Dalam perancangan penubuhan sesebuah prasekolah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah berikut:

1. Bangunan
    * Di antara bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah ialah rumah kediaman, rumah ibadat,        bangunan khas dan balai raya.

2. Keperluan Tandas
    * Tandas merupakan Keperluan asas yang perlu disediakan di setiap pusat sekolah. Tandas perlu sesuai        dengan ketinggian kanak-kanak lelaki dan perempuan. Lantainya tidak licin,sentisa bersih dan perlu        dilengkapkan dengan besin dan cermin.

3. Ruang Belajar dan Rekreasi
    * Sebuah pusat prasekolah perlu mempunyai keluasan yang mencukupi supaya mempunyai ruang untuk        sudut-sudut pembelajaran. Kawasan luarannya juga perlu disediakan dengan peralatan permainan        yang mencukupi supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti permaianan luar yang boleh        memperkembangkan motor kasar kanak-kanak di samping perkembangan mental dan sosioemosi.

4. Bilik Sakit/rehat
    * Sebuah bilik sakit/rehat perlu disedikan dipusat prasekolah yang perlu dilengkapkan dengan katil        dan kotak pertolongan cemas.

5. Dapur
    * Sebuah bilik dapur yang terpisah dari sudut aktiviti perlu disediakan. Bilik ini hendaklah mempunyai        peralatan yang mencukupi dan sentiasa bersih. Ia perlu dilengkapkan dengan pintu yang mudah        dibuka.

6. Keselamatan
    * Pusat prasekolah hendaklah berpagar, mempunyai dua pintu, pintu-pintu ini hendaklah mudah dibuka        (elakkan gril), parit dan lubang hendaklah ditutup, semak dan rumput hendaklah dibersihkan,
       alat-alat permainan hendaklah diperiksa selalu supaya tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Alat        pemadam api perlu disediakan dan suis elektrik hendaklah terjamin selamat bagi kanak-kanak.

7. Stor
    * Pusat prasekolah perlu dilengkapkan dengan sebuah stor untuk menyimpan bahan-bahan makanan dan        bahan-bahan permainan.

Pengurusan Ruang Kawasan Luar Kelas

Antara pusat yang terdapat di luar kelas adalah :

Pusat Pemeliharaan haiwan

  1. Sangkar haiwan perlu dibersihkan sekurang-kurang seminggu bagi memastikan kebersihan haiwan tersebut


  2. Bekas makanan perlu disediakan


  3. Jenis haiwan yang boleh diperlihara seperti burung, arnab dan kura-kura

Agihkan tugas dan membersihkan secara bergilir supaya dapat memupuk pelajar  yang bertanggungjawab. Contohnya seperti;

  1. Membersihkan kolam ikan


  2. Membersihkan kebun dan tanaman bunga


  3. Membersihkan Pusat Main air dan pasir


up
Back Next