Statistik Daerah Penampang

 

Kawasan Parlimen P.174 Penampang membentuk Daerah Penampang dengan kawasan Parlimen P.173 Putatan dan merangkumi 2 kawasan DUN iaitu N.19 Kepayan dan N.20 Moyog. Walaupun begitu, sebahagian daripada kawasan DUN N.19 Kepayan adalah dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Ini bermakna pentadbiran Kawasan Parlimen P.174 Penampang adalah di bawah bidang kuasa 2 pihak berkuasa tempatan. Situasi ini diujudkan dengan persempadanan semula yang dijalankan oleh SPR pada tahun 2003.

Kawasan Parlimen P.174 Penampang mempunyai keluasan 411.47 km persegi dan mempunyai lebih daripada 130,000 penduduk dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 4-5%. 

Topografi
Kawasan ini mempunyai kawasan tanah rata dan kawasan bukit-bukau melandai naik ke kaki Banjaran Crocker mengarah ke timur.

Bilangan mukim
Kawasan ini mempunyai 5 mukim dengan 55 buah kampung yang telah diwartakan.

Aktiviti ekonomi dan guna tenaga
Pada zaman dahulu, aktiviti ekonomi Kawasan Penampang adalah tertumpu kepada pertanian seperti penanaman padi sawah, penanaman getah dan sebagainya. Tetapi pada masa kini, aktiviti tersebut tidak lagi merupakan keutamaan kerana peningkatan tahap pendidikan generasi muda tidak berkecimpung dalam bidang pertanian dan penukaran guna tanah daripada kawasan tanaman padi kepada komersil.

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, maka guna tenaga Kawasan Parlimen Penampang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti perkhidmatan awam, perkhidmatan swasta, perniagaan, pengangkutan, pembinaan dan pertanian secara individu dan kecil-kecilan. Walaupun begitu, usaha untuk membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan (air tawar) sedang dan akan dilaksanakan.

Pertaburan politik mengikut persempadanan semula kawasan P.174 Penampang pada tahun 2003
P.174 Penampang dibahagikan kepada dua kawasan ADUN iaitu:-

BIL.

KAWASAN 

NO. PENGUNDI

WAKIL RAKYAT  

PARTI 

1. 

N.19 Kepayan 

18,393 

YB Datuk Edward Khoo Keok Hai 

BN-MCA 

2.

N.20 Moyog 

14,439 

YB Tuan Philip B. Lasimbang 

BN-UPKO 

 3.

P.174 Penampang

32,832

YB Tuan Donald Peter Mojuntin

 BN-UPKO



Pecahan pengundi mengikut suku kaum adalah seperti berikut:-

1.

Bumiputera Bukan Islam (KDM)

20,878

2.

Bumiputera Islam 

 2,887 

3. 

Kaum Cina 

 7,835 

4. 

Kaum lain 

 1,232 

JUMLAH

 

32,832 



Rumusan
Pentadbiran Daerah Penampang dengan input Wakil-wakil Rakyat yang berkenaan sedang berusaha untuk menyediakan Peta Penggunaan Tanah Daerah selaras dengan kehendak Skim Penggunaan Tanah Daerah Penampang.

Perancangan untuk Mempertingkatkan mutu sistem dan rangkaian jalan raya sedang diselaraskan dalam Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

Kadar pertumbuhan bilangan penduduk di Daerah Penampang yang pesat memerlukan perancangan beberapa projek perumahan dilaksanakan dengan cara yang teratur dan akan menepatikan matlamat untuk membekalkan perumahan dan memanfaatkan masyarakat tempatan.

Membangun semula sektor pertanian serta membangun sektor penternakan dan perikanan (air tawaran) adalah satu cabaran yang besar. Ia memerlukan program kesedaran untuk memindah
mind-set penduduk terhadap sektor-sektor tersebut yang berpotensi tinggi dari segi mata pendapatan dan ia juga memerlukan perancangan untuk penggunaan tanah Daerah yang mantap dan secara holistic.