Kemudahan sosial dan kemasyarakatan


Kawasan Parlimen Penampang juga menikmati kemudahan sosial dan kemasyarakatan melalui jabatan dan agensi pelaksanaan seperti:- 
1. Jabatan Kebajikan - Bekalan Air dan Bantuan Orang Tua 
2. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS): 
    (i) Kelas Tadika di 9 buah kampung di Sugud, Limbanak, Hungab,
        Kobusak, Nagasiba, Nosoob, Ganang, Inobong dan Balai Polis
        Kepayan.  
   (ii) Gerakan Desa Wawasan / Gerakan Daya Wawasan di 6 buah
        kampung di Babagon, Kipouvo, Sugud, Pogunon, Moyog dan 
        Putaton.

Perubatan dan kesihatan
Jabatan Perkhidmatan Perubatan menyediakan seperti:-
1. Pusat Kesihatan ( pesakit Luar), Kg. Tuavon
2. Klinik Desa:
    (i) Kg. Moyog
   (ii) Kg. Limbanak
  (iii) Kg. Babagon

Keselamatan
1. Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia, Kontigen Negeri Sabah, Kepayan
2. Ibupejabat Polis Daerah Penampang, Bandar Donggongon
3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Penampang,
    Bandar Donggongon
4. Penjara Kepayan

Infrastruktur dan utiliti
Pada amnya penyediaan kemudahan asas yang merangkumi pembinaan jalan, bekalan air, bekalan elektrik dan talian telefon adalah memuaskan jika dibanding dengan sesetengah Kawasan Parlimen di negeri Sabah.

Namun begitu,  pembangunan jalanraya, terutama sekali jalan-jalan JKR dan pembaikan-pulih, penaikan taraf dan penerapan jalan-jalan kampung masih lagi diperlukan. Kawasan Penampang juga akan memerlukan peruntukan untuk masalah parit atau perparitan yang kian hari menonjol dan meningkat. Bekalan air juga selalu terganggu oleh paip usang yang kerapkali mengalami kebocoran. Satu masalah yang dihadapi oleh pusat komersil utama Kawasan ini iaitu Bandar Donggongon adalah loji penapisan najis yang kini mengalami "over capacity".

Pada masa kini, ada beberapa kawasan kampung terpencil
yang belum ada kemudahan asas seperti Kg. Terian, Kg. Longkogungan, Kg. Buayan, Kg. Togudon dan sekitarnya.