Misteri Gua British di Lok Kawi

 

           Pencarian misteri di Lok Kawi memaparkan kisah penduduk sekitar yang mendakwa peninggalan gua iaitu tempat persembunyian pihak British ketika penaklukan Jepun di Sabah. Gua misteri ini dikatakan berada di sekitar kawasan pergunungan berhampiran Zoo Lok Kawi (dikenali sebagai Lok Kawi Wildlife Zoo).

           Kawasan di sekitar kawasan Kampung Lok Kawi yang berdekatan juga memperlihatkan tinggalan kuarters pihak British yang dibom oleh pihak Jepun pada tahun 1901. Dakwaan ini juga dikukuhkan lagi dengan peninggalan 5 tiang yang pada asalnya berjumlah 6 tiang yang amat kukuh dan berat. Walaubagaimanapun, tiang ke-6 telah jatuh dan tidak mampu dialihkan kerana beratnya yang mampu mencapai lebih 1 tan. Tinggalan ini masih wujud dan 5 tiang masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini.