Pusat komersil dan perumahan Daerah Penampang
Kawasan ini mempunyai 9 pusat komersil iaitu Bandar Donggongon, Pekan Lido, Pekan Koidupan, Pekan Beverly Hills, Pekan Nosoob (Towering), Pekan Puluduk, Pekan Bundusan, Pekan Kohizan dan Pekan Kepayan
Kedudukan kawasan ini yang berjiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu menyebabkan pertumbuhan pesat perumahan yang dibina oleh pihak swasta dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar. Pembangunan perumahan terdapat di (i) perumahan persendirian di atas tanah individu dan tanah simpan kampung dan; (ii) kawasan taman-taman perumahan.
Butiran yang berkenaan adalah seperti berikut:-
|
Taman perumahan
|
116
|
|
Kampung
|
98
|
|
Kedai komersil
|
34
|
|
Kedai Industri
|
27
|
|
Kedai Light Industri
|
5
|
Pembangunan ekonomi dalam sektor pertanian dan penternakan ikan air tawar
Projek pembangunan tanah di Kawasan Penampang merangkumi sektor-sektor seperti berikut:-
1.Sektor Pertanian-
Keluasan tanah yang sesuai untuk pertanian adalah 8,000 hektar.
Akan tetapi hanya 4,006.37 hektar sahaja yang telah diusahakan
seperti berikut:-
|
JENIS TANAMAN
|
KAWASAN (hektar)
|
|
Getah
|
2,402
|
|
Padi sawah
|
804.37
|
|
Padi bukit
|
90
|
|
Nenas Babagon
|
350
|
|
Buah-buahan
|
230
|
|
Lain-lain
|
19
|
Sebagai mempertingkatkan sektor pertanian kerajaan juga
mewujudkan program:-
(i) Integrated Agricultural Development (IADP) di Kodundungan
-Seluas 1,020.44 ekar tanah diusahakan untuk tanaman padi
secara sistematik.
(ii) Pembangunan Stesen Pertanian Babagon
-Seluas 15.38 hektar dimajukan untuk stesen pertanian dengan
tujuan pengeluaran bahan tanaman bermutu dan pembangunan
Agro-Tourism.
2.Sektor Ternakan
-Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak sedang dan
akan melaksanakan program seperti Khidmat Veterinar Luar,
Khidmat Veterinar Dalaman, Projek Skim Pawah Menternak
Kerbau, Projek Skim Pawah Kambing dan Projek Skim Lembu Tenusu.
3.(1) Sektor Perikanan
-Jabatan Perikanan menjadualkan beberapa program untuk
menggalakkan penduduk di kawasan Penampang berkecimpung
dalam penternakan ikan dalam kolam. Kajian juga dilaksanakan
tentang pemeliharaan dan pembiakan katak, hiasan dan labi-labi.
Aktiviti pelepasan benih ikan di perairan sungai juga diadakan
untuk memastikan hidupan di peairan sungai-sungai
di Penampang tidak akan pupus.
(2) Penternakan Ikan air tawar:-
Pada masa ini terdapat 242 penternak ikan air tawar yang
terbahagi kepada 2 jenis:-
(i) 731 jenis kolam tanah
(ii) 165 jenis kolam tanah
Kolam-kolam terletak di 40 buah kampung di dalam Daerah
Penampang.
Perindustrian
Pentadbiran Daerah Penampang sedang mengenalpasti zon penggunaan tanah untuk tapak perindustrian di daerah. Walaupun begitu, ini merupakan satu cabaran yang besar dan memerlukan lagi usaha yang lebih gigih dan mendalam.