Kegiatan harian penduduk penampang

 

           Penduduk Penampang sememangnya mempunyai kepelbagaian yang berbeza dari pelbagai segi dalam kegiatan harian penduduk Penampang. Antaranya ialah:

 

· Bekerja dengan kerajaan

· Berniaga dengan membuka kedai sendiri. Contohnya Sandai Shop, Hinompuka, Kadazan Marketing dan banyak lagi.

· Sebagai petani dan penternak ikan

· kebanyakan penduduk jati Penampang mempunyai tanah sendiri. Sebahagian daripada penduduk tersebut mengusahakan sendiri tanah mereka sebagai dusun buah-buahan, kebun sayuran, ladang getah, tanaman padi tanah pamah dan membuat kolam untuk menternak ikan seperti Tilapia, Patin, Udang, Kodok dan banyak lagi.

· Penduduk yang menetap di kawasan pedalaman memburu di hutan. Penduduk memburu binatang liar seperti babi hutan, ‘tambang’ (rusa kecil), ‘bosing’ (tupai), ‘tombolog’ (burung) dan banyak lagi.

· Tambahan lagi, bagi penduduk yang berkebolehan dalam bidang perubatan herba dan kegunaan hasil semulajadi, mereka memungut hasil hutan untuk dijual kepada penduduk setempat, malah kepada para pelancong tempatan mahupun pelancong luar Negara. Hasil ini akan dijual sendiri atau akan dikomersilkan kepada pelbagai jenis produk kesihatan.

· Oleh kerana faktor geografi daerah Penampang yang mempunyai masih banyak hutan semulajadi yang masih terpelihara, kebanyakan penduduk mencari hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti madu lebah, kayu api, sayur sayuran liar dan banyak lagi. Hasil-hasil semulajadi seperti madu lebah merupakan sumber yang asli dan diperoleh dengan memungutnya di hutan.