
|
Adat Masyarakat Penampang
Di daerah Penampang, adat penduduknya adalah berbeza berbanding adat-adat lain di negeri ini. Di daerah ini, terdapat beberapa adat dan sekiranya gagal menurutinya, hukuman akan dikenakan. Di daerah ini terdapat beberapa hukuman yang dikenakan menurut adat antaranya ialah:
· Sogit (Terdiri daripada “Sogit” dan “Sogit Perceraian”) · Hukum Nenek dan Datuk · Hukum Lampau · Tagal |

|
“Sogit” (Hukuman / Denda)
Sogit seumpama undang undang didalam kaum kadazan dusun di penampang. Ia bertindak sebagai saman yang meminta pampasan daripada pihak yang bersalah. Pampasan biasanya dalam bentuk haiwan ternakan seperti Khinzir, Kerbau, Sapi,Kambing atau Ayam. Sebagai contoh dalam situasi “sogit” akan dikenakan kepada lelaki yang mengganggu anak gadis yang masih suci atau yang telah berkahwin. Ia hanya akan dikenakan atas kesalahan yang kecil sahaja.
Contoh Situasi “Sogit”
Jika seorang perempuan mengandung sebelum berkahwin, lelaki yang bertanggungjawab perlu membawa ketua kampung dan keluarganya untuk membincangkan persetujuan sekiranya pihak lelaki mahu berkahwin dengan perempuan tersebut atau tidak. jika tidak, pihak lelaki perlu membayar pampasan mengikut kehendak keluarga pihak perempuan yang terlibat. Namun, jika pihak perempuan mahu lelaki tersebut berkahwin dengan perempuan tersebut, maka pihak lelaki perlu menuruti kehendak pihak wanita tersebut. Sogit yang perlu dibayar mestilah melebihi RM1000 keatas dan barangan tradisional perlu dimasukkan ke dalam senarai pampasan. Kelengkapan perkahwinan juga perlu disediakan walaupun kedua dua pihak tidak akan berkahwin.
“Sogit Perceraian” (Hukuman / Denda)
Sekiranya pihak lelaki (Si Suami) ingin bercerai dengan isterinya, beliau perlu menanggung segala perbelanjaan bekas isteri dan anak-anaknya. Dengan ini, pihak lelaki perlu menanggung dan menyediakan segala keperluan untuk isteri yang diceraikannya, jumlah tanggungan ini termasuklah keperluan anak-anak mereka. |

|
Hukum Nenek dan Datuk (Hukuman / Denda)
Hukum nenek dan datuk pula dikenakan apabila cucu kepada seorang datuk atau nenek dimalukan. Oleh kerana cucunya dimalukan, nenek dan datuk perlu diberikan pampasan. Keluarga pihak perempuan diutamakan berbanding pihak lelaki.
Hukum Lampau (Hukuman / Denda)
Hukum lampau bersifat ‘tegas’ kerana sekiranya sepasang kekasih atau bukan kekasih melakukan hubungan luar nikah, maka hukuman mati dikenakan. Hukuman ini dikenakan tidak mengira siapa yang bersalah, jika pasangan ini melakukan seks, maka pasangan ini akan dimasukkan ke dalam raga kemudiannya dihumban ke dalam sungai. Walubagaimanapun, hukum ini telah dihapuskan dan tidak digunakan lagi dalam hukuman sekarang.
“Sogit Perceraian” (Hukuman / Denda)
Sekiranya pihak lelaki (Si Suami) ingin bercerai dengan isterinya, beliau perlu menanggung segala perbelanjaan bekas isteri dan anak-anaknya. Dengan ini, pihak lelaki perlu menanggung dan menyediakan segala keperluan untuk isteri yang diceraikannya, jumlah tanggungan ini termasuklah keperluan anak-anak mereka. |

|
“Tagal” (Peraturan)
Tagal bermaksud ‘tidak payah’ atau ‘tidak perlu’ dalam bahasa kadazandusun. Tagal dikenakan kepada tempat yang berada dalam jagaan individu atau penduduk keseluruhan kampung. Tagal biasanya dikenakan pada sungai. Tujuan tagal adalah untuk membiakkan hidupan sungai pada tahap optimum agar mampu dinikmati oleh seluruh penduduk kampung apabila tiba waktu menuai/menangkap hasil ikan tersebut. Peraturan ini masih wujud di bahagian Terian dan penduduk di kawasan tersebut mengamalkan Tagal pada Sungai Terian. Sesiapa yang menceroboh akan dikenakan tindakan tegas dengan merampas seluruh peralatan menangkap ikan (termasuk hasil tangkapan) disamping diberikan nasihat oleh penjaganya (penduduk kampung terutamanya Ketua Kampung). Apabila tiba tempoh menuai, kegembiraan ini disambut oleh seluruh penduduk kampung dan hari pertama penangkapan dirasmikan oleh orang kenamaan. Pada tempoh ini menuai ini, tempoh bebas diberikan kepada sesiapa untuk menangkap ikan dalam masa tiga hari sahaja dan kemudiannya akan dikuatkuasakan semula selepas tempoh tersebut. Peraturan “Tagal” ini terbukti berkesan dalam memelihara alam sekitar terutamanya dalam menjaga diversiti hidupan air tawar disamping memastikan sumber protein mencukupi pada masa akan datang. |


