Tongkungon

Tongkungon dicipta oleh nenek moyang kita diserata tempat. Tidak diketahui siapa yang pertama kali membuat alat ini. Alat ini biasanya digunakan untuk menghilangkan rasa bosan atau menghiburkan hati pada waktu lapang.

Untuk menghasilkan alat ini, bambu yang cukup matang dan bersaiz besar dari jenis poring (gigantochloa levis) dipilih. Seruas bambu dikerat dengan mengekalkan buku pada kedua-dua hujung. Pada bahagian permukaan hadapan satu lubang memanjang berbentuk segi empat tepat ditebuk dari buku pangkal ke buku hujung. Gua lubang ini berfungsi untuk menambahkan frekuensi bunyi yang dihasilkan dari getaran tali.

Di kawasan tepi kanan dan kiri diumpil lapan utas tali. Empat di bahagian kanan dan empat di bahagian kiri. Alat yang digunakan untuk menggumpil ialah pais atau pisau. Tali-tali diraut sehingga halus dan sanggah digunakan untuk memudahkan proses ini. Tali-tali yang halus dan sederhana kecil berupaya menghasilkan bunyi yang nyaring. Untuk mengeluarkan bunyi sanggah-sanggah diletakkan di kedua-dua hujung tali. Saiz dan kedudukan penyanggah menentukan perubahan tonik.

Tonik tongkungon di atur seperti tonik gong. Irama yang boleh di mainkan oleh alat ini adalah sama dengan paluan gong. Alat ini dibunyikan dengan cara tali-talinya. Empat jari sebelah kiri dan empat di sebelah kanan. Untuk penjarian, terpulanglah kepada kebiasaan cara menggunakan jari pemain itu sendiri.

 

 

 

 

s