Suling

Seruling ataupun lebih dikenali dengan 'suling' oleh masyarakat dusun adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat ini. Seruling biasanya dimainkan semasa hari keramaian ataupun hari kedukaan ( semasa hari kematian seseorang ).

Mengikut sejarah, seruling ini direka oleh orang tempatan sendiri. Seruling atau suling ini di perbuat daripada buluh yang kecil. Kadang kala suling juga boleh di perbuat daripada batang paip. Cara-cara untuk membuatnya ialah pertama sekali, ambil sebatang buluh yang kecil. Biarkan buluh itu sehingga kering supaya bunyi dan bentuk seruling tidak berubah. Kedua, buat lubang pada batang buluh tersebut. Jumlah lubang adalah lapan semuanya. Tujuh lubang untuk penggunaan kod dan satu lubang lagi adalah bahagian untuk ditiup.