Sompoton


Sompoton merupakan salah satu daripada alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan.

Untuk membuat sompoton, bahan-bahan seperti kurobu (labu liar), sopilut (gam lebah jinak) , sumbiling (buluh renik), polod (kulit pokok palma liar), tolinting (pokok paku menjalar). Labu ditebuk mengikut ukuran diameter bambu yang digunakan sebagai paip. Pada pangkal paip ini, sebuah lubang segi empat tepat berukuran 2cm ditebuk. Disinilah sodi itu di tekap dan digam dengan sopilut.

Sodi yang paling sesuai berukuran 2.3 cm. Untuk membentuk lidah, pisau yang tajam digunakan. Lidah penggetar dibuat ditengah-tengah sodi. Hujung lidah ditebalkan manakala permukaan pangkal dikikis hingga boleh melentur apabila ditiup. Tinggi rendahnya tonik adalah mengikut ketebalan bahagian permukaan hujung dan pangkal. Ukuran paip buluh juga mempengaruhi perubahan tonik bunyi. Peraturan yang harus diingati ialah jika paip terlalu panjang sodi langsung tidak berbunyi.

Panjang paip bahagian jejari kiri adalah kira-kira 34 cm manakala jejari-jejari kanan berukuran 24 cm. Diameter yang sesuai untuk dijadikan jejari ialah 12 mm. Setelah hujung paip ditebuk, sodi ditekap ke atas lubang yang disediakan. Sopilut digunakan untuk menggam pinggir kelilingnya serta pada celah-celah bukaan kurobu. Beberapa paip dimasukkan ke lubang labu dan digam dengan sopilut pada celah-celah keliling bahagian luar agar udara yang dihembus hanya keluar melalui sodi-sodi untuk menghasilkan bunyi.

Tonik sompoton adalah jenis pentetonik. Ia hanya mempunyai tujuh nada. Disebelah kiri, kita gunakan tiga jari untuk menutup lubang paip bagi menghasilkan bunyi. Di sebelah kanan kita juga menggunakan tiga jari. Ketika hendak mengeluarkan bunyi, jari-jari dialih dari lubang paip kecuali ibu jari kanan yang digunakan untuk menutup paip pertama. Sebatang paip panjang di bahagian kiri yang merupakan paip ketujuh sentiasa berbunyi. Sebatang paip langsung tidak dipasang dengan bahan getar bunyi dan ia hanya berfungsi sebagai pengapit supaya kedudukan susunan paip-paip bambu itu berbentuk segi empat.

Pelancong yang bermain alat muzik sompoton
Key chains sompoton