TARIAN SUMAZAU

Asal Usul Tarian Sumazau

Perkataan Sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang boleh dilihat berdasarkan tangan seseorang apabila menari.Tarian Sumazau diambil oleh orang zaman dahulu,daripada seekor burung helang semasa burung helang sedang terbang,Sumazau adalah tarian tradisional suku kaum kadazandusun.Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat pada ( Bambaazon ).

Asas Asas Tarian Sumazau

Keunikan pergerakan tapak kaki perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari.Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik.Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong.Dengan 'Pangkis'dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan.'Pangkis' dari penari lelaki akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.

Pakaian Tarian Sumazau

Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serbah hitam dengan jalur kuning emas.. Penari perempuan memakai 'Tangkong','Tinggot' dan 'Himpogot'.Penari lelaki pula memakai 'Sigar'di kepala.Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong ataupun 'Togunggu'.

Gambar Tarian Sumazau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGENALANSUMAZAUMONGIGOLSUMAYAUMONGUNATIPPROFILE PELAJAR

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembali ke muka depan