Robot Dalam Industri

Oleh: Firdaus Wong

 Semenjak robot pertama tercipta, telah banyak kajian-kajian dijalankan berkaitan dengan Teknologi Robotik. Walaupun pada mulanya tahap teknologi pada zaman itu menjadi pengalang kepada sesetengah saintis pada zaman itu, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Sikap ini wajar dicontohi oleh masyarakat kita dalam melakukan sesuatu itu. Sebenarnya penciptaan awal robot ini ialah untuk membantu atau meringankan kerja manusia, dan ada juga yang digunakan di medan perang. Dari sini mereka, iaitu para saintis mula membuat kajian iaitu untuk menyelaraskan Teknologi Robotik ke dalam industri pembuatan.

Dari segi industri, teknologi ini dapat meningkatkan kadar hasil kilang sesuatu itu. Ini kerana sesuatu mesin atau robot itu tidak memerlukan rehat yang lama berbanding seorang manusia. Selain itu, penggunaannya juga dapat mengurangkan kos tenaga pekerja. Ini kerana ia hanya memerlukan kurang daripada 2 orang pekerja untuk memastikan mesin ini beroperasi. Secara ringkasnya, ia memang dapat meningkatkan produktiviti sesebuah industri itu.

Dalam kebaikan itu, sudah pasti ada keburukannya. Jika penggunaan mesin atau robot digunakan 100% dalam sesebuah kilang itu, sudah pasti tenaga pekerja yang digunakan sangat sedikit. Dan ini akan meningkatkan kadar pengangguran. Selain itu, untuk mendapatkan sesuatu mesin itu, sesebuah pihak perlu berbelanja dengan besar. Apabila sesebuah mesin itu mengalami kerosakan, pihak pengurusan sudah pasti akan membaikinya. Kos untuk membaiki sesebuah mesin yang berteknologi tinggi sangat tinggi, dan ini sudah pasti akan membebankan pihak yang memiliki mesin itu.

Dalam mengejar Wawasan 2020, Malaysia tidak ketinggalan untuk mendalami teknologi ini dalam industri. Jika dilihat dalam kawasan Asia, Jepun merupakan antara negara yang menjadi pendahulu dalam teknologi ini. Selaras dengan itu, Malaysia banyak menjalankan pertukaran teknologi dengan negara itu.

 

 1