Profil Pautan
Anjung Sejarah Kebudayaan Adat Resam Agama & Kepercayaan Kegiatan Ekonomi Taburan Penduduk Galeri
.

Masnah Talu
Information, Material & Content Developer

Dalam usaha mengenal jati diri dan menjejaki identiti suku kaum sendiri, terlalu banyak cabaran yang harus dilalui. Setiap maklumat mengenai suku kaum Rungus terlalu sulit untuk diperolehi secara bertulis. Hal ini demikian kerana, masih terlalu sedikit warga Rungus sendiri yang mahu mencari keunikan bangsa ini. Demi mencari maklumat mengenai suku kaum Rungus, penyelidikan, pemerhatian dan lawatan terpaksa dilakukan untuk memberi informasi yang berguna buat tatapan semua pengunjung laman ini.

Oleh itu, saya sangat berterima kasih kepada kedua orang tua saya yang banyak membantu saya sepanjang pencarian maklumat dan sudi membawa saya ke kawasan kajian seperti di rumah panjang untuk mengambil gambar. Tidak lupa setingi-tinggi penghargaan untuk model yang terlibat dalam pakaian tradisional Rungus, penduduk Kg Bintasan Tengah Kota Marudu, pensyarah-pensyarah di Kolej Teknologi Cosmopoint, Nangaran Sukod Airoon Maraun, Sukod Vagu Franky Masital dan orang perseorangan yang tidak disebut namanya di sini.Terima kasih juga ditujukan kepada orang-orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberi idea, cadangan dan lain-lain yang amat berguna dalam pembangunan laman web ini.

Atagak Bansa, Opunso Tinaru..


Alexander Marcellinus
Web Layout & Graphic Designer

Jika generasi muda sendiri tidak mahu mengkaji budaya dan identiti bangsa masing-masing, maka ini sangat mendukacitakan kerana siapakah lagi yang menjadi pemangkin bangsa mereka? Atau adakah menunggu pengkaji dari barat datang melakukan kajian untuk kita?Oleh yang demikian, segala rekabentuk dan kreativiti yang dipersembahkan dalam laman ini diharap memikat para pengunjung khususnya generasi muda ini untuk melawatnya lagi.

Harapan saya semoga pada masa hadapan saya mampu memberi sesuatu yang bernilai untuk tatapan generasi akan datang amnya dalam pembangunan laman web .


Profil Laman Web

Grafik dan susunatur dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver dan Macromedia Flash.
Laman web dibangunkan dalam persekitaran Windows XP dan WampServer untuk ujian laman dinamik PHP (anjung).

Semua grafik, foto dan material dalam laman web ini adalah hak milik penuh Masnah Talu & Alexander Marcellinus (2007).

...
  Menu