Profil Pautan
Anjung Sejarah Kebudayaan Adat Resam Agama & Kepercayaan Kegiatan Ekonomi Taburan Penduduk Galeri
 
 

Kegiatan Ekonomi Suku Kaum Momogun Rungus

Nenek membawa Saging

Sebelum ini, kebanyakan penduduk Momogun Rungus bekerja sebagai petani dengan menjalankan pertanian pindah. Ada kalanya mereka bergantung harap sepenuhnya kepada hasil hutan untuk sara hidup.Mereka menjadi petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma dengan pendapatan yang tidak seberapa. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.

Pada masa kini,kegiatan ekonomi utama penduduk suku kaum Rungus tertumpu kepada sektor pertanian yang lebih menguntungkan. Seluas 54,723 hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah tersebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang. Antara tanaman yang diusahakan oleh suku kaum Rungus adalah penanaman getah secara beramai-ramai di kampung-kampung.

Sektor perikanan juga memainkan peranan utama di mana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian kepada suku kaum Rungus. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikanan kebanyakannya di eksport ke negara luar seperti Taiwan, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi.

Selain itu, sekumpulan penduduk suku kaum Rungus di Kampung Gombizau, Matunggong kira-kira 190 kilometer dari Kota Kinabalu mengusahakan penternakan madu lebah. Apa yang menarik mengenai madu lebah ini selain keenakan dan kemujaraban khasiatnya, proses pengeluarannya turut diusahakan bersama oleh wanita kaum Rungus melalui Kumpulan Wanita Penternak Madu Lebah. Madu segar dan asli ini dikatakan mempunyai banyak keistimewaan

Madu lebah ternak yang sudah siap dibotolkan, biasanya dijual pada harga RM7 bagi setiap setengah liter, manakala madu liar RM18.Penternakan madu lebah ini juga merupakan sebahagian daripada sumber ekonomi kaum Rungus yang bakal dikomersilkan. Pada masa ini, kampung ini sering kali menjadi persinggahan pelancong asing yang melawat Utara Sabah selain Kampung Sumangkap yang menjadi pusat pengeluar gong serta destinasi, Tanjung Sempang Mengayau.

Tinuzibuu
 
 
...
  Menu