| Hukum Adat Merosakkan Tanaman di Ladang |
Merosakkan tanaman di ladang khususnya menggunakan parang harus dikenakan adat Rungus tidak kira siapa orang tersebut.Orang yang merosakkan tanaman di ladang seperti padi akan didenda 1 ekor ayam sebagai sogit. Seberapa banyak kerosakan tanaman akan dibayar nilainya dua kali ganda oleh orang yang merosakkan tanaman tersebut. Sekiranya tuan punya ladang ada membuat penyembahan roh padi sehingga memperuntukan beberapa ekor ayam dan lain-lain, maka si perosak berkenaan mesti membayar semuanya sebagai ganti rugi. Adat ini dinamakan " Adat Korunggabon" pantang bagi upacara penyembahan telah dilanggar. Inilah yang dikatakan "Koti gurasan di' sanganu om kotiggagan di' rumpuvon do tinanom".
|