| Hukum Adat Merogol Perempuan Bawah Umur 14 Tahun |
Undang-undang Rungus dari dahulu kala masih digunapakai sehingga sekarang mengenai lelaki yang melakukan kesalahan merogol perempuan yang berumur bawah 14 tahun.Jika disabitkan kesalahan, si perogol berkenaan boleh dikenakan adat denda atau sogit iaitu:
Jika perempuan yang dirogol tadi mendapat penyakit akibat perbuatan tersebut, maka kesemua perbelanjaan untuk merawat penyakit perempuan itu harus ditanggung sepenuhnya oleh si pesalah sehingga penyakit perempuan tersebut sembuh. Undang-undang Rungus juga menegaskan bahawa si pesalah harus membayar berian perempuan tadi sama ada si pesalah mahu berkahwin atau tidak dengan perempuan yang dirogolnya itu.Jika si pesalah tidak mahu membayarnya, pihak ibu bapa dan Ketua Kampung berhak membawa hal berkenaan ke pihak pengadilan.Si perogol ini kemudian akan diadili mengikut undang-undang negara.
|