| Hukum Adat Menyumpah Orang Lain |
Orang yang didapati selalu menyumpah orang yang tidak bersalah akan dikenakan sogit. Misalnya, si A menyumpah si B sehingga si B sakit dan berlaku perkara yang tidak diingini kepadanya. Maka si A yang menyumpah si B ini akan dikenakan sogit iaitu 1 ekor babi atau 1 ekor kambing disembelih, sebilah parang sebagai pukodou dan sebuah gadul atau salapa untuk pulanut. Kesemua sogit ini tidak boleh ditukar nilai dengan wang ringgit. |