| Hukum Adat Kopunan (Kempunan) |
Orang dahulu kala berpendapat adalah menjadi pantang membuat seseorang kempunan seperti mengatakan 'Kogutaikah' walaupun sedang marah. Apabila seseorang yang membuat orang lain kempunan sehingga orang yang dikatakannya itu mendapat kecelakaan seperti cedera terkena benda tajam, diserang binatang buas, dipatuk ular atau lebih teruk lagi sehingga menyebabkan kematian, maka orang yang bertanggungjawab akan dikenakan adat Kopunan. Adat Kopunan ini berupa 1 buah sanang, 1 ekor kerbau dan 1 ekor kambing atau babi sebagai sogit kepada orang yang kempunan itu.
|