| Hukum Adat Kekecewaan Akibat Mungkir Janji |
Hal kekecewaan (Koimanimanan) sering kali terjadi di kalangan remaja lelaki dan wanita pada masa kini. Apabila seseorang itu sudah berjanji dan kita menunggu dengan penuh pengharapan, tetapi orang yang melafazkan janji itu tidak menunaikan janjinya maka orang tersebut akan dikenakan adat Kimanan. Begitu juga halnya apabila seseorang itu melakukan urusniaga tetapi seolah-olah ditipu. Contohnya si A sudah membayar wang pendahuluan kepada si B untuk urusniaga sebuah peralatan tetapi si B tidak memberi peralatan tersebut. Maka si B akan dikenakan adat Kimanan. Adat Kimanan ini adalah sebuah tawag atau lebih tinggi nilainya dari itu mengikut keputusan yang diambil oleh Ketua Kampung atau pihak yang berkuasa. Kedua-dua pihak harus menandatangani perjanjian keputusan pihak berkuasa ini dan si pesalah yang mungkir janji itu harus membayar atau menunaikan janjinya. Seandainya si pesalah enggan menurutinya, maka hal tersebut boleh didakwa di Mahkamah Anak Negeri.
|