Hukuman Adat Sumbang

Sumbang adalah perbuatan zina yang dilakukan oleh orang-orang yang ada pertalian darah seperti antara anak dan bapa, ibu dan anak, adik beradik seibu sebapa, anak saudara dan bapa/ibu saudara serta bersepupu dengan pertalian darah yang masih dekat.

Dalam adat suku kaum Rungus, sumbang terbahagi kepada dua iaitu Sumbang Tunggal (besar) dan Sumbang Soroi.

  1. Sumbang Tunggal (Besar)
    • Sumbang Tunggal ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh anak dan bapa, anak dan ibu dan adik beradik seibu sebapa.
    • Hukuman Adat Kesalahan 'Sumbang Tunggal' :

      Mengikut undang-undang adat zaman dahulu, orang-orang yang melakukan kesalahan ini akan dihukum bunuh atau ditangkap dan dimasukkan ke dalam satu tempat yang dinamakan "bubu" lalu dibuang ke laut.
      Oleh kerana hukuman ini terlalu berat maka adat ini dilupakan begitu sahaja.

      Bagi Suku Kaum Rungus zaman sekarang, orang yang didapati bersalah kerana melakukan sumbang tunggal ini akan dikenakan adat 15 ekor babi untuk adat kepanasan kampung,
      20 buah sanag kimanis atau sanang biasa, pulanut 2 pasang langkaki saring yang diperbuat dari besi luyang tembaga, dipotong-potong
      untuk diberikan kepada kampung yang terlibat.

      Adat Pusukud juga dikenakan iaitu 1 sanang atau 1 tawag dan 1 ekor babi untuk sogit kepada ketua-ketua kampung yang membicarakan hukuman ini.Adat ini akan dikenakan kepada
      kedu-dua pesalah, si lelaki dan si perempuan.

  2. Sumbang Soroi
    • Sumbang Soroi ialah perbuatan zina yang dilakukan antara sepupu 1 kali,sepupu 2 kali,sepupu 3 kali dan antara
      anak saudara dan bapa/ibu saudara.
    • Hukuman Adat Kesalahan 'Sumbang Soroi' :
       

    i) Sumbang Soroi antara sepupu 1 kali

    • tidak boleh dikahwinkan
    • Lelaki - didenda 3 ekor babi untuk sogit kampung, pulanut sepasang lungkaki, 2 buah sanang atau tawag.
    • Perempuan - didenda 2 ekor babi untuk sogit kampung, pulanut sepasang lungkaki.


    ii) Sumbang Soroi antara sepupu 2 kali dan 3 kali

    • Jika kedua-dua pesalah berlainan keturunan, kedua-duanya boleh dikahwinkan.
    • Si lelaki akan dikenakan adat "pitas" iaitu 1 tawag binubuk.
    • Lelaki - didenda 2 ekor babi atau kambing untuk sogit kampung, pulanut gadur dan tinukul diberi kepada waris.
    • Perempuan - didenda 1 ekor babi atau kambing untuk sogit kampung, 1 sanang tinukul.


    iii) Sumbang Soroi antara anak saudara dan bapa/ibu saudara

    • tidak boleh dikahwinkan walaupun telah membayar denda
    • dikehendaki membayar pusukud kepada ketua-ketua kampung yang membicarakannya dan hendaklah dikeluarkan sebelum perbicaraan dimulakan.
    • Lelaki - didenda 5 ekor babi besar untuk sogit kepanasan kampung, 3 buah tawag atau 4 buah sanang, pulanut sepasang lungkaki, 4 karol tingkal sebagai purandom dan 1 parang sebagai pukadau (pukaras).
    • Perempuan - didenda 2 ekor babi atau kambing untuk sogit kepanasan kampung, 2 buah sanang betukul,pulanut sepasang saring dan purandom 2 karol tingkal