| Hukum Adat Pembahagian Harta Pusaka |
Menurut kebiasaan nenek moyang suku kaum Rungus, harta yang dimaksudkan berupa gong,betukul,tawag,pakaian tradisi, tanah dan lain-lain. Harta yang dimiliki oleh ibu bapa tidak boleh diberi kepada si anak selagi mereka belum meninggal dunia.Ibu bapa haruslah membuat wasiat semasa mereka masih hidup mengenai pemberian harta berkenaan. Menurut adat Rungus, pembahagian harta pusaka ini mendapat kelebihan kepada anak lelaki sulung.Anak perempuan walaupun sulung cuma mendapat 3% sahaja.Hal ini kerana anak lelaki dipercayai dapat membalas jasa ibu bapa lebih awal.Anak perempuan pula akan dimiliki oleh orang lain (suaminya) dan tenaganya tidak setaraf lelaki.Baki harta pusaka seterusnya dibahagikan sama rata antara adik-beradik. Jika ibu bapa mempunyai anak angkat, anak angkat ini tidak berhak mendapat harta pusaka ibu bapa angkatnya.Tetapi jika anak angkat itu mempunyai pendapatan bersama sepanjang hayat ibu bapa angkatnya, maka harta berkenaan bolehlah dituntutnya.
|