| Hukum Adat Orang Yang Didapati Mencuri |
Seseorang Rungus yang didapati mencuri akan terlebih dahulu disoal siasat menurut hukum adat suku kaum Rungus. Menurut adat istiadat suku kaum Rungus, si pencuri tersebut dikehendaki mengembalikan semua barang yang dicurinya kepada si pemilik. Si pencuri akan didenda 1 buah tawag sebagai pengajaran untuk diberikan kepada Ketua Kampung. Selain itu, si pencuri turut dikenakan 1 ekor ayam besar sebagai sogit Koruntadan untuk diberikan kepada orang yang kecurian tadi.
|