| Hukum Adat Baboh |
"Baboh" adalah perkahwinan yang dilarang antara perempuan dan lelaki yang mempunyai kaitan persaudaraan yang sangat dekat. Dalam erti kata lain, "baboh" adalah perkahwinan antara pasangan yang jarang berlaku dan susah untuk dihuraikan. Contohnya, si A mempunyai dua orang anak gadis.Ada sepasang bapa dan anak jatuh cinta kepad anak gadis si A ini.Si bapa berkahwin dengan kakak, manakala si anak berkahwin dengan adik.Dalam hal ini, hubungan persaudaraan susah untuk dijelaskan kerana si bapa dipanggil menantu, yang si anak pun dipanggil menantu. Begitu juga halnya apabila seorang janda berkahwin dengan seorang lelaki (sama ada duda atau tidak) yang mempunyai seorang anak lelaki.Kemudian perempuan janda ini mempunyai seorang sepupu pertama perempuan berkahwin pula dengan anak lelaki suaminya.Ini juga turut dinamakan baboh. Baboh sepatutnya tidak boleh dilakukan tetapi jika keadaan sudah memaksa, maka adat Baboh terpaksa dikenakan kepada pasangan berkenaan.Adat baboh ialah:
|