| Hukum Adat Bagi Lelaki yang membawa Anak Gadis Kahwin Lari |
Jika seorang lelaki membawa anak gadis orang tanpa kebenaran orang tua gadis tersebut kemudian berkahwin pula, maka kedua-duanya telah dianggap berbuat zina. Si lelaki yang membawa gadis itu kahwin lari akan didenda mengikut adat istiadat kaum Rungus iaitu:
Sekiranya si lelaki tidak mampu menurut permintaan ibu bapa si gadis, maka si lelaki yang telah berkahwin ini dikehendaki tinggal bersama-sama mentuanya sehingga hutang berian habis dibayar. Andainya tempoh yang diberikan oleh ibu bapa si gadis telah tamat, maka ibu bapa si gadis berhak untuk menceraikan si gadis dari si lelaki (suaminya) itu
|