| Hukum Adat Sonsol |
Hukum adat Sonsol dikenakan kepada orang yang membuat kesalahan seperti apabila seseorang itu diamanahkan untuk menjaga seseorang itu tetapi mengabaikan tanggunjawabnya .Dan jika dia membuat angkara agar orang yang dijaganya mendapat bahaya, sehingga menyebabkan kematian maka orang tersebut mestilah membayar 4 sanang Kimanis, 5 buah tawag dan 1 ekor kerbau. Hal-hal lain yang dikenakan Adat Sonsol ialah:
Kedua-dua hal ini, si pesalah akan dikenakan 8 sanang Kimanis, 4 ekor kerbau, 2 buah tawag binubuk dan 2 sanang Kutai. |
Hukum Adat Mati Di Ladang |
Jika ada orang mati kerana sakit atau kemalangan di ladang, maka si mati itu terpaksa di kubur di ladang itu juga.Mayat si mati tidak boleh dibawa balik ke rumahnya. Mengikut kepercayaan suku kaum Rungus, orang yang mati itu akan membawa bencana buruk kepada kampungnya jika tidak dikebumikan di ladang itu. Jika si mati itu meninggal di ladang orang lain, maka si mati hendaklah dikebumikan di ladang itu juga dengan kawasan seluas 15 kaki persegi termasuk kawasan kuburan itu tidak boleh diusahakan. Keluarga si mati dikehendaki membayar 1 ekor babi dan 3 ekor ayam sebagai sogit ladang, dan 1 sanang betukul atau sumbul sebagai pulanut kepada si empunya ladang berkenaan. Semua ini tidak boleh digantikan dengan wang. |
| Hukum Adat Mati Jatuh Dari Pokok |
Sekiranya seseorang mati kerana jatuh dari pokok, maka mayatnya tidak boleh dibawa ke kampung atau ke rumahnya. Si mati hendaklah dikuburkan di tempat itu juga dan waris si mati tidak boleh berpantang larang. |
| Hukum Adat Mati Di Laut |
Bagi seseorang yang mati di laut, mayatnya tidak boleh dibawa pulang ke rumah melainkan dibuang ke dalam laut mayat tersebut. |