| Hukum Adat Lapau |
Lelaki- dikenakan sogit kepada isterinya, 1 ekor babi atau 1 ekor kambing, pulanut 1 sanang betukul dan 1 parang sebagai pukadou. Perempuan- dikenakan sogit kampung, 1 ekor babi atau 1 ekor kambing,1 tinukul dan karol tingkal. Jika lelaki dan perempuan kahwin, si lelaki dikehendaki membayar Rolot, 1 tawag kepada isterinya dan pulanut kepada anaknya tiap-tiap seorang satu saring atau 1 ringgit duit syiling. |
| Hukum Adat Kosup |
Jika seseorang sedang sakit kuat, dan sedang diubati oleh seorang Dukun atau Bobolian,kemudian meninggal sebelum si Bobolian yang mengubati pulang maka keluarga si mati dikenakan adat Kosup. Keluarga Si mati hendaklah memberi 1 sanang betukul, 1 gador dan 1 ekor babi kepada si Bobolian. |
| Hukum Adat Bangun |
Adat ini dikenakan kepada orang yang menyebabkan kematian seseorang. Misalnya, si Polan mencuri kemudian mati akibat terkena guna-guna(Kepandaian) orang seperti popol, sinda'at atau kelulut. Maka orang yang menyebabkan kematian itu boleh dikenakan Adat Bangun sekiranya ada saksi dan mempunyai bukti kukuh si Polan itu mati kerana perbuatannya. Oleh itu, orang tersebut mestilah memberi 10 sanang kimanis dan 5 ekor kerbau. |