| Hukum Adat Apabila seseorang mati di rumah orang lain |
Dalam adat istiadat suku kaum Rungus, apabila terjadi kematian di kampung atau di rumah orang lain,maka keluarga si mati itu akan dikenakan adat Korivaan atau adat Korungkapan. Keluarga si mati boleh membeli (menyewa) secara sementara rumah tempat si mati meninggal mengikut harga yang dipersetujui oleh tuan rumah. Hal ini supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Walau bagaimana pun, keluarga si mati tidak boleh mengadakan 'mogukas' iaitu kenduri untuk si mati di tempat tersebut. Ketika perlaksanaan pengurusan jenazah berkenaan, keluarga si mati juga tidak dibenarkan menggunakan apa-apa peralatan milik tuan rumah seperti cangkul,parang, periuk, kuali, pinggan mangkuk dan sebagainya melainkan yang dibeli sendiri. Adapun adat-adat yang dikenakan ialah:
Kesemua adat ini harus dilunaskan kepada tuan rumah. Hal ini tidak boleh dihutang atau ditangguh-tangguh tetapi diselesaikan dengan serta-merta. |