Kononnya pada zaman dahulu kegiatan memburu kepala dilakukan untuk dijadikan bukti kegagahan seseorang lelaki ataupun dijadiakan berian kahwin. Kononnya seorang lelaki tidak akan dapat memiliki isteri sekiranya ia gagal menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kepala manusia yang dia penggal sendiri.
Namun pada hakikatnya fakta kajian telah menyatakan, perolehan tengkorak manusia sebenarnya dikatakan hasil dari usaha mempertahankan diri, si gagah menang dalam pertempuran setelah berjaya mempertahankan diri ataupun berjaya membalas dendam. Kegiatan ini kononnya pernah berlaku di kalangan suku kaum Murut dan ia dipercayai pernah menular kepada masyarakat Momogun Rungus .
Pada kira-kira abad ke-17 hingga abad ke-18 masyarakat Momogun dan Murut masih lagi mempunyai kepercayaan bahawa tengkorak manusia boleh membawa kebaikan kepada mereka lalu menggantung beberapa tengkorak manusia di atas Tangkob. Tangkob ialah peti berbentuk silinder dan mempunyai ketinggian kira-kira 3 hingga 4 kaki. Kepercayaan ini telah menyerap sebagai salah satu budaya dan kepercayaan yang abadi di kalangan suku kaum tersebut.
Tangkob diperbuat daripada kulit kayu digunakan sebagai tempat menyimpan padi. Ianya terdapat dalam berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tempat ianya disimpan. Tangkob biasanya ditempatkan di sulap Bangkawan, sulap yang mempunyai atap tetapi tidak berdinding. |