Logo

Sek. Men. Teknik Sandakan
Sabah, Malaysia
Nama Dan Logo Baru Mulai 1998
 
 
WARNA KUNING
Warna Kuning melambangkan kemakmuran dengan harapan semua pelajar diperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya menjadi pemimpin yang dapat menyumbangkan tenaga ke arah kemakmuran negara.
 
WARNA MERAH
Keberanian dan keazaman pelajar untuk menerima tunjuk ajar demi kebaikan diri, agama masyarakat dan negara.
 
WARNA HIJAU
Kerajinan dan ketekunan pelajar dalam usaha mencapai kejayaan untuk disumbangkan kepada pembangunan diri dan masyarakat.
 
WARNA KELABU
Melambangkan kemahiran yang ingin diterokai bagi pembangunan diri, masyarakat dan negara.
 
Lima bahagian yang melambangkan warga SMTS berpegang kepada prinsip "Rukunegara" yang menjadi tonggak negara.

Gerigi pula melambangkan bahawa perkembangan pelajar SMTS berasaskan pendidikan teknologi.

Bentuk separuh elip melambangkan  perpaduan dan kerjasama semua warga SMTS dengan berpegangkan moto sekolah iaitu "Trampil dan Jitu".

Perkataan "SMTS" adalah daripada singkatan ringkas " Sekolah Menengah Teknik Sandakan".
 

 
 

Sek. Men. Vokasional Sandakan
Sabah, Malaysia
Nama Dan Logo Sekarang