Tamadun Rom

Tamadun Rom mengamalkan kerajaan bercorak republik.Kerajaan

Republik tidak mempunyai raja dan prinsip demokrasi diamalkan.Ciri-ciri kerajaan republik di Rom ialah :

Dua konsul dilantik untuk memerintah negara menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat

Konsul dibantu oleh Dewan Senat

Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan

Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom

Kuasa Dewan Perhimpunan terhad

Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Senat

Undang-undang Rom ditulis buat pertama kali pada tahun 451 - 450 SM.Empayar Rom muncul sebagai sebuah kuasa besar pada kurun ke-3 dan ke-2 SM semasa dipimpin oleh julius Ceasar.Di bawah pemerintahannya , Empayar Rom meliputi Makedonia , Yunani , Syam , Mesir , Gaul , Brittania dan kawasan puak Jerman.Julius Ceasar dikenal dengan kata-kata ' veni , vedi , vinci ' yang bererti 'saya datang , saya lihat dan saya takluk'.Pada tahun 59 SM , beliau telah dilantik sebagai konsul.Pada 44 SM beliau dilantik pula sebagai diktator seumur hidup.Pada 15 Mac 44 SM , Ceasar telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang diketuai oleh Brutus.Pada tahun 27 SM , Octavius pula memerintah Rom dengan gelaran Maharaja Augustus.Tempoh 27 SM - 180 TM dikenali sebagai Zaman Keemasan Kesusasteraan dan Seni Bina Rom.

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan.Bangunan terkenal yang dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan Circus Maximus.Colosseum ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80 M.Ciri istimewanya ialah ia berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton.Pantheon ialah sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2 M.Saliran air yang dikenali sebagai aqueduct juga telah dibina.Orong Rom juga membina jalan raya , tempat mandi awam , air pancuran dan kolam renang.Seni bina Rom ini memaparkan gabungan tradisi Etruscan , Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman.Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas utama iaitu Patrician , Plebeian dan Hamba.

Falsafah Rom berasaskan ajaran Stoisisme Zeno.Namun Stoisisme Rom lebih praktikal dan memberi penekanan kepada keadilan , bertanggungjawab , keberanian serta berperikemanusiaan.Penganut Stoisisme yang berpengaruh di Rom ialah Marcus Tullius Cicero ( 106 - 43 SM).Beliau merupakan seorang negarawan dan pemidato yang terkenal.Retorik mula diajar dalam bahasa yunani dan Latin semasa pemerintahan Julius Ceasar.

 

 

 

Balik Ke Muka Depan