HIDROKARBON.GIF (15545 bytes)

Sumber Asli Hidrokarbon

 

Petroleum dan Gas Asli

new combine lake.gif (16249 bytes)

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon.

Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .

Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

gas asli 3.gif (8034 bytes)

anarule.gif (1534 bytes)

Proses Penyulingan Berperingkat

penyulingan.gif (30927 bytes) Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair.

Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya tersendiri.

Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil . Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan , proses peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut.

Anda digalakkan untuk membaca selanjutnya tentang   eksperimen penyulingan petroleum. ( Eksperimen ini boleh dijalankan di makmal. )

 

Sifat Pecahan-Pecahan  Petroleum Yang Diperolehi

Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu ;

makin kurang likat pecahan itu
makin cerah warnanya
makin mudah pecahan itu terbakar
makin bersih nyalanya ( kurang berjelaga )

Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu ;

makin likat pecahan itu
makin gelap warnanya
makin sukar pecahan itu terbakar
makin berjelaga nyalanya.

 

Pecahan-pecahan Petroleum Dan Kegunaannya.

Pecahan Petroleum

Kegunaan

Gas-gas petroleum

(takat didih paling rendah )

Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.
Petrol Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.
Nafta Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut
Kerosin Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )
Diesel Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.
Minyak pelincir Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran
Parafin Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci
Minyak Bahan Api Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa
Bitumen

(takat didih paling tinggi)

Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.

 

Arang batu .

combine arang 1234.gif (31099 bytes)

Arang batu juga merupakan sumber asli hidrokarbon.Arang batu terbentuk daripada sisa tumbuhan (di kawasan berpaya) yang mati , kemudian tertimbus , berjuta-juta tahun dahulu . Sisa tumbuhan itu terdedah kepada suhu dan tekanan yang tinggi , seterusnya bertukar kepada arang batu.

Arang batu digunakan sebagai bahan api dan sumber pelbagai jenis bahan kimia seperti minyak wangi , cat , plastik , detergen dan bahan letupan. Metana dapat diperoleh dengan memanaskan arang batu kepada suhu 1300 darjah Celsius.