HIDROKARBON.GIF (15545 bytes)

1. Kandungan  hidrokarbon

 

comb-abc.gif (7338 bytes)

anarule.gif (1534 bytes)

2. Pengertian Hidrokarbon

Hidrokarbon merupakan sebatian organik yang terdiri daripada  unsur hidrogen dan karbon sahaja.

anarule.gif (1534 bytes)

3. Sumber Asli Hidrokarbon

Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan sumber asli hidrokarbon.

anarule.gif (1534 bytes)

4. Kumpulan-kumpulan Hidrokarbon

combine finabc.gif (5675 bytes)

Hidrokarbon  boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan , iaitu   hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu . Hidrokarbon Tepu (Alkana)  mempunyai   Formula Am ,  CnH 2n+2 manakala Hidrokarbon Tak Tepu (Alkena) mempunyai Formula Am , Cn H 2n  di mana  n  mewakili bilangan atom C .    C ialah atom karbon dan  H ialah atom Hidrogen .

anarule.gif (1534 bytes)

5. Hidrokarbon Tepu / Alkana

Molekul alkana mengandungi bilangan atom Hidrogen yang maksimum dan tidak boleh menerima atom Hidrogen lagi. Oleh itu, alkana dinamakan hidrokarbon tepu.

Jadual 1 – Formula molekul bagi beberapa contoh alkana.

Alkana

Formula Molekul

Nisbah atom C : H

Metana

CH4

1 : 4

Etana

C2H6

1 : 3

Propana

C3H8

3 : 8

Butana

C4H10

2 : 5

Apabila bilangan atom C (karbon) dalam molekul alkana semakin bertambah nisbah atom C:H juga semakin bertambah.

anarule.gif (1534 bytes)

6. Hidrokarbon Tak Tepu / Alkena

Molekul alkena tidak mempunyai bilangan atom H ( Hidrogen) yang maksimum. Ini membolehkan molekul alkena menerima atom hidrogen tambahan. Oleh itu alkena dinamakan hidrokarbon tak tepu.

Jadual 2 – Formula molekul bagi beberapa contoh alkena.

Alkena

Formula Molekul

Nisbah atom C : H

Etena

C2H4

1 : 2

Propena

C3H6

1 : 2

Butena

C4H8

1 : 2

Nisbah atom C:H bagi semua alkena adalah bernilai 1:2 kerana bilangan atom C sentiasa separuh daripada bilangan atom H dalam molekul alkena.

 

PERHATIAN : Anda di alu-alukan untuk mencari maklumat lanjut tentang sifat fizik dan kimia bagi alkana dan alkena

 

anarule.gif (1534 bytes)

7. Membezakan Hidrokarbon Tepu Dan Hidrokarbon Tak Tepu

Ada 3 cara untuk membezakan antara hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu.

Cara Pertama : Berdasarkan bilangan atom H ( Hidrogen ) dalam satu molekul hidrokarbon itu.

- Alkana mempunyai 2 atom H lebih berbanding Alkena bagi hidrokarbon dengan bilangan atom C  yang sama.

Contoh : Etana dengan formula C2H6 mempunyai 2 atom H lebih  berbanding  Etena  dengan formula C2H

 

Cara Kedua : Melalui nisbah atom C : H dalam molekul hidrokarbon.

Nisbah C : H bagi alkena sentiasa bernilai 1 : 2  , manakala nisbah C : H bagi alkana tidak bernilai 1 : 2

Cara Ketiga : Membezakan Alkana dan Alkena dengan menggunakan bahan uji Air Bromin atau bahan uji Kalium Manganat (VII) berasid .

bottles.gif (10368 bytes)

Alkena melunturkan warna merah air bromin dan juga warna ungu kalium manganat(VII) berasid manakala alkana tidak melunturkan warna kedua-dua bahan uji tersebut .

anarule.gif (1534 bytes)

Syabas ! Anda telah sampai ke penghujung pelajaran ini. Kami harap anda telah terhibur . Kami yakin sekarang anda lebih mengetahui tentang hidrokarbon . Untuk menguji kefahaman anda tentang hidrokarbon , sila cuba latihan yang disertakan.

anarule.gif (1534 bytes)

latihan.gif (2125 bytes)

disediakan.gif (2421 bytes)

rujukan button.gif (1941 bytes)

maklum button.gif (2133 bytes)

alkana, alkena.gif (2307 bytes)

petroleum.gif (2174 bytes)

Eksperimen.gif (2033 bytes)

e- mail kami.gif (2258 bytes)

Course ware ini disediakan khas untuk para pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek Sains KBSM

 

Objektif  Pelajaran Ini :

Di akhir pelajaran ini , para pelajar tahu :

definisi hidrokarbon
sumber asli hidrokarbon
jenis-jenis hidrokarbon
perbezaan antara hidrokarbon tepu (alkana) dan hidrokarbon tak tepu (alkena)
sifat fizik dan kimia bagi alkana dan alkena
cara  memisahkan   pecahan  petroleum melalui penyulingan berperingkat
sifat dan kegunaan pecahan petroleum