SEJARAH sekolah



 

           SMK Kuhara, Tawau diasaskan oleh En. George Wyatt pada Januari 1967. Pada ketika itu sekolah ini cuma mempunyai 2 orang guru yang mengendalikan sebuah kelas peralihan dengan 32 orang pelajaran.

           Selama 10 tahun semenjak penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai kemudahan fizikal atau bangunan sediri seperti yang ada sekarang ini. Namun begitu, sekolah ini berasa bertuah kerana mendapat kerjasama daripada pengetua-pengetua sekolah lain yang memberikan kebenaran menggunakan sekolah mereka secara tumpangan. Ini termasuklah SM Holy Trinity, SMK Tawau, SRJK Yuk Chin dan SK Kem Kabota. Oleh itu, guru-guru dan pelajar-pelajar ketika itu terpaksa menjalankan kelas mereka secara terapung.

           Pada tahun 1977, sekolah ini telah dilengkapi dengan pembinaan bangunan sendiri dan dirasmikan pembukaannya pada 27 September 1977.

           Pada tahun 1976, jumlah pelajar sekolah ini adalah kurang daripada 600 orang tetapi menjelang 1987 ia mencapai hampir 2000 orang.

           Kira-kira 20 tahun setelah penubuhannya, SMK Kuhara telah muncul sebagai sebuah sekolah yang ulung bukan sahaja di bahagian Tawau malah di Negeri Sabah. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian dan prestasi akademik dan ko-kurikulummya yang kian meningkat dari setahun ke setahun. Oleh yang demikian, sekolah ini telah diberi penghormatan dengan pemilihannya sebagai sekolah. Contoh kepada sekolah-sekolah lain dibahagian ini.

           Pada tahun 1996, dianugerahkan Sekolah Harapan Negara melalui pencapaian dan prestasi akademik dan ko-kurikulum.