SEJARAH SEKOLAH


REV.MOTHER JOHN BOSCO

1966-1972

SISTER M. EDWARDA

1972-1977

SISTER THERESE

1978-1979

EDWARD DE CRUZ

1980-1983

ELIZABETH AU YONG

1983-1993

LIM TONG SENG

1993-1994

ELIZABETH AU YONG

1995-



 

       

 

 

 

 

       Sekolah Menengah Konven St. Ursula ditubuhkan pada tahun 1966. Di awal penubuhannya, sekolah ini menggunakan sebahagian daripada kawasan SMK Holy Trinity. Bangunan yang pertama dibina pada tahun yang sama dan bangunan baru hanya dilengkapi dengan sebuah Makmal Sains dan Bilik ERT.

       Sekolah ini dirasmikan pada 27 Januari 1968 oleh Datuk Kassim Kamidin, yang pada masa itu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Merotai.

        Pengetua SMK Konven S. Ursula, yang pertama ialah Rev. Mother John Bosco dan dibantu oleh Sister Berchmans. Pada tahun 1967 , Sister Berchmans telah berpindah ke Sandakan dan tempat beliau telah diambil alih oleh Sister Moira dan Sister Bernardine. Pada masa itu sekolah itu masih menggunakan khidmat sukarela dari SMK Holy Trinity kerana masih kekurangan tenaga pengajar. Tenaga pengjar pada masa itu hanya terdiri daripada Sister Moira, Sister bernadine, Cik Lucy Yapp Nyuk Moi(Bersara), En. Edward De Cruz(berpindah ke Johor), A Francis(bersara) dan En J. Sundram . Pada tahun 1968, seramai 3 orang baru telah melapor diri ke sekolah ini. Mereka ialah Cik Noreen, Puan Lim Kok Eng(kembali ke Taiwan) dan En. Chiam Yee Wee. Pada tahun 1971, kerani pertama telah ditugaskan di sekolah ini bagi membantu pengurusan sekolah. Beliau ialah Puan Kong Yin Chi dan masih lagi berkhidmat di sekolah ini sehingga sekarang.

               Rev. Mother John Bosco menamatkan tugas beliau sebagai pengetua di sekolah ini pada tahun 1972 dan tugas pengetua sekolah inni telah diambil alih pada 1972 dan tugas pengetua sekolah ini telah diambil alih oleh Sister Edwarda sehingga tahun 1977. Sister Edwarda digantikan pula oleh Sister Theresa yang berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini dari tahun 1977 hingga tahun 1979. Pengetua keempat sekolah ini ialah En. Edwarda De Cruz yang berkhidmat dari tahun 1979 hingga tahun 1983. Pada masa ini, SMK Konven St. Ursula mulai terkenal dalam acara sukan dan sekolah -sekolah lain akan berasa gentar apabila acara sukan tahunan diadakan. Pada tahun 1983, En. Edwarda De Cruz berpindah ke SM St. Michael, Penampang tugas beliau diambil alih oleh seorang wanita campuran Cina-Kadazan yang memiliki wajah yang manis dan menarik dari SMK St. Patrick, Tawau dan beliau ialah Puan Elizabeth Au Yong. Selama beliau bertugas Pengetua di sekolah ini, pembangunan sekolah ini telah maju dengan begitu ketara sekali. Beliau kemudian telah pergi melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Pendidikan pada tahun 1984-1985 di Bristol, United Kingdom dan tugas pengetua sekolah telah dipangku oleh En. Lim Tong Seng.

              Pada akhir tahun 1993, Puan Elizabeth Au Yong telah dipindahkan ke SMK Elopura, Sandakan bagi menjalankan tugas Pengetua. Sejajar dengan itu, beliau juga telah dinaikkan pangkat dari kategori DG3 ke DG2. Pada bulan Disember 1994 beliau ditukarkan semula ke sekolah ini yang telah dinaikkan ke Gred A.