|
|
|
Manusia yang
telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semula. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka yang telah mati selama
beberapa minit didapati hidup semula. Kejajadian ini
jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu kejaiban dalam dunia perubatan.
Apabila jantung seseorang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka
seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia.
|
TUNGGU SEBENTAR!!!!!!!!! |
Walau bagaimanapun, pandangan ini dibantah oleh sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya difinisi dan takrif mati dinilai semula. Mereka mahu seorang diisytiharkan mati apabila otaknya sudah tidak berfungsi lagi biarpun jantungnya masih lagi bergerak dan bekerja. Kebiasaan orang yang mengalami kejadian mati sementara ini menghidap beberapa jenis penyakit antarannya termasuklah jamtung dan asma serta terlibat dalam kemalangan jalan raya dan malapetaka yang menyebabkan jantungnya berhenti berdenyut. Yang peliknya, mereka yang disahkan mati kerana jantungnya sudah berhenti berdenyut didapati hidup semula kira-kira 10 hingga 20 minit kemudian apabila jantungnya kembali bergerak seperti biasa. Dalam beberapa kejadian lain pula, terdapat mereka yang mati akan meronta-ronta di bilik mayat dan bangun semula sewaktu bedah siasat hendak dilakukan ke atas jenazahnya. Kejadian mayat bangun semula di bilik mayat sebenarnya bukan merupakan suatu perkara yang aneh. Hal ini kerana selepas seseorang mati, tubuhnya akan kehilangan haba dan menjadi sejuk. Sekiranya mayat itu disimpan dalam bilik sejuk dalam suhu yang rendah, otot-otot si mati akan mengecut dan manarik lantas menyebabkan mayat itu kelihatan bergerak-gerak. Rentapan otot yang kuat boleh menyebabkan mayat itu bangkit semula seolah-olah baru bangun dari tidur. Namun begitu, kejadian hidup sesudah mati masih tidak mempunyai huraian secara saintifik khususnya daripada sudut sains dan perubatan.
Mereka
yang hidup semula bukan sahaja dapat mengingati pengalaman kematian mereka
tetapi juga dapat menceritakan sepenuhnya apa-apa yang berlaku kepada dirinya.
Kebanyakan mereka mengatakan telah berjumpa dengan
sanak-saudara yang sudah lama meninggal dunia, melihat cahaya yang terang
benderang, dan masuk ke dalam terowong besar yang gelap. Mereka mendapati diri mereka terapung-apung di ruang udara
seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka dengan dunia yang nyata.
Tetapi rata-ratanya telah melalui satu proses kematian yang hampir sama yakni roh keluar daripada badan.kemudian terdengar ahli
keluarga, saudara-mara dan mereka yang berada di sisi mereka menangis. Terdapat
pula yang melihat doktor dan jrurawat
Seorang yang telah disoal-selidik oleh dr. Ring ialah Jonathan Curie dan mati dalam satu kemalangan
jalan raya. Sepanjang tempoh 16 minit kematian, Jonathan
merasakan rohnya keluar dari badannya yang tersidai di katil bilik kecemasan
hospital. jonathan terasa terapung hingga ke
bumbung bilik kecemasan dan dapat melihat apa-apa yang sedang dilakukan oleh
doktor terhadap jasadnya. kemudian beliau memasuki
satu terowong yang sungguh gelap dan secara tiba-tiba muncul pula cahaya yang
terang-benderang seperti matahari tetapi tidak menyakitkan mata. Tidak berapa lama, beliau terdengar suara menyebut namanya tetapi
beliau tidak pasti dari mana suara itu datang. Yang
diketahui selepas itu ialah beliau hidup semula. Daripada kaji selidik
yang dilakukan oleh Dr. Ring terhadap 200 responden, beliau mendapati lebih
separuh daripada mereka berbohong. Pengalaman 'mati' mereka
hanya merupakan khayalan dan diciptanya sendiri. Hal
ini kerana sesetengah gambaran mengenai alam roh yang diberikan oleh
respondennya menyerupai gambaran yang pernah mereka lihat dalam lukisan, buku
dan sebagainya. Jadi, lakaran mengenai alam kematian
sukat untuk dipercayai apatah lagi untuk dibuktikan meskipun kita tidak menolak
kebanyakan mereka pernah melalui pengalaman 'mati' yang bersifat sementara.
Semasa mati, kemungkinan berlaku perubahan kimia pada bahagian otaknya yang
menyebabkan mengimbas balik pengalaman dan kejadian
yang pernah dilaluinya atau apa-apa sahaja yang masih tersimpan di dalam
memorinya.
|
MISTERI HIDUP SELEPAS MATI | MISTERI KATAK TURUN DARI LANGIT | MISTERI MANUSIA MAGNET | MISTERI DAN KEAJAIBAN MESIR | MISTERI ANGKASA DAN ALAM SEMESTA | |