MISTERI ANGKASA

&

ALAM SEMESTA

 

       Walaupun ilmu sains dan teknologi telah berkembang dengan pesat tetapi masih banyak perkara yang berkaitan dengan alam dan kehidupan masih belum diketahui oleh manusia. Penerokaan terhadap angkasa lepas telah banyak membongkar misteri yang menyelubungi alam semesta ini dan memberikan maklumat berkaitan dengan asal-usul kejadian planet serta manusia. Penemuan 'Black Hole' atau lubang hitam telah mendedahkan banyak perkara mengenai sistem cakerawala dan apa-apa yang terdapat dalam angkasa raya. Mengikut teori yang dikemukakan oleh Stephen Hawking, dalam tempoh masa 50 bilion tahun yang akan datang, segala yang ada di angkasa akan bersatu dalam lubang ini. Apabila fenomena itu berlaku, planet-planet akan menjadi mati ataupun meletup membentuk bebola api.

    Namun semua itu masih merupakan satu andaian semata-mata dan manjadi misteri kepada kita. Kajian mendapati bahawa wujud daya tarikan ke arah lubang hitam. Usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan lubang hitam sedang giat dijalankan oleh para saintis melalui pemerhatian menggunakan teropong Hubble. Namun, tidak ada seorang pun yang dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai apakah sebenarnya lubuk hitam yang masih menimbulkan pelbagai persolan dan teka-teki yang belum terjawab. Yang pasti ialah di alam maya ini wujud berbagai-bagai sistem planet. Sistem suria hanya merupakan salah satu sistem planet yang terdapat di angkasa raya. Dalam sistem suria, sembilan planet mengelilingi sebuah bintang yang dikenali sebagai matahari. Penemuan planet di luar sistem suria telah memberikan pandangan dan cetusan pemikiran baru dalam bidang astronomi serta kajian angkasa lepas. Teleskop Hubble telah berjaya mencerap Galaksi Nebula NGC3603 pada tahun 1999. Penemuan planet-planet di luar sistem suria yang dikenali sebagai 'extrasolor planet' atau planet ekstrasuria merupakan bukti yang kukuh bahawa  manusia tidak bersendirian di alam semesta ini.

     Terdapat sesetengah bintang mengambil masa perjalanan berjuta-juta tahun cahaya untuk sampai ke bumi. Begitu juga beberapa fenomena yang berlaku di angkasa seperti letupan bintang yang dikenali sebagai "supernova" masih tidak dapat dijelaskan secara nyata oleh para saintis. Penghantaran kapal angkasa dan pelancaran satelit sebenarnya masih belum memberikan maklumat yang selengkapnya mengenai jagat raya. Para saintis masih lagi berusaha untuk mencari planet yang boleh didiami oleh umat manusia manusia. Walaupun planet Marikh dikatakan mempunyai ciri-ciri yang paling hampir dengan bumi tetapi kebarangkalian untuk melihat manusia memulakan penempatannya di planet itu amat nipis sekurang-kurangnya buat masa ini. Meskipun penerokaan dan pemerhatian ke atan Marikh mendapati adanya tanda-tanda kehidupan pada zaman purba seperti batu-batan dan aliran air tetapi juga mewujudkan satu kehidupan di planet itu mungkin mengambil masa yang lama. Banyak faktor dan perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk keadaan alam semesta kita yang sebenarnya dipenuhi dengan objek-objek yang tidak diketahui. Kaparan itu merupakan serpihan roket-roket yang ditinggalakan di angkasa. Sekiranya pembuangan sampah sarap ini tidak dikawal, akhirnya akan membawa padah kepada kehidupan manusia di bumi yang berdepan dengan ancaman perlanggaran komet dan meteor.

    Sesunggunnya terdapat banyak sumber dalam alam semesta ini. Sumber yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat manusia ialah menjana elektrik daripada tenaga solor angkasa. Kini usaha sedang dijalankan untuk mencari kaedah bagi menyalurkan elektrik yang dijanakan itu ke bumi. Apakah akan wujud suatu hari nanti elektrik dapat disalirkan tanpa menggunakan wayar dan sebarang perantaraan yang lain. Perkara ini sebenarnya tidak mustahil dan hanya masa yang akan menentukannya terutamanya apabila manusia dapat menemui cara untuk mengeksploitasi segala sumber yang ada di angkasa untuk kebaikan manusia sejagat. Manusia tidak keseorangan di alam maya ini. Isyarat dan gelombang radio yang diterima oleh saintis menguatkan keyakinan mereka bahawa wujud kehidupan dan tamadun di angkasa raya ini. Para saintis percaya bahawa isyarat itu mengandungi kod komunikasi dan merupakan satu percubaan untuk berinteraksi dengan penduduk bumi. Sekiranya komunikasi dengan dunia luar berlaku maka hal itu akan membuka pintu yang lebih luas lagi untuk para saintis memahami serta mendekati angkasa yang nampak seolah-olah tidak mempunyai infinitinya. Jikalau masih banyak misteri yang menyelubungi kehidupan manusia di bumi masih belum terbongkar, inikah pula ruang angkasa yang maha luas dan terjangkau oleh kapal angkasa yang dihantar sejak 50 tahun yang lalu untuk menjelajah serta mengumpul segala data yang berkaitan dengan alam semesta yang telah berusia ratusan bilion tahun lamanya itu.


MISTERI HIDUP SELEPAS MATI | MISTERI KATAK TURUN DARI LANGIT | MISTERI MANUSIA MAGNET | MISTERI DAN KEAJAIBAN MESIR | MISTERI ANGKASA DAN ALAM SEMESTA |