NOTA TINGKATAN 4

 

TILAWAH AL-QURAN

 

4. HIDAYAH MILIK ALLAH

 

 

1.       MAKSUD HIDAYAT :

         iaitu cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk meuju jalan yang benar dan diredhai

 

2.       SEBAB MANUSIA PERLU MEMOHON HIDAYAH

         Hidayat datangnya dari Allah dan bukan manusia yang memberi

         Fitrah manusia sendiri yang ingin kepada perkara yang baik dan benar, ia bertepatan dengan konsep hidayat yang diberi oleh Allah

         Hidayat mendorong sesorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik dan lebih beriman kepada Allah

         Hidayat Allah boleh menjauhkan sesorang dari melakukan dosa

 

3.       CARA MENDAPATKAN HIDAYAT ALLAH

         Menggunakan akal fikiran dengan mengkaji dan meneroka alam supaya dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan serta keesaan Allah

         Mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya

         Berakhlak mulia dalam pergaulan

         Membersihkan jiwa melalui amal ibadat

 

4.       KESAN HIDAYAH ALLAH KEPADA MANUSIA

         Berubah tingkah lakunya daripada kufur kepada beriman

         Menikmati kemanisan iman

         Mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup

         Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat

         Peningkatan ketara dalam ibadat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah

         Mengamalkan perbuatan baik dan meningglkan perbuatan mungkar

         Tetap beriman sekalipun diseksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan Islam

 

5.       TANDA-TANDA SESEORANG ITU TELAH MENDAPAT HIDAYAT ALLAH

         Jiwanya cenderung kepada akhirat

         Selalu menjauhkan dirinya daripada tipu daya keduniaan

         Selalu bersiap sedia menghadapi kematian

 

6.       KEWAJIPAN UMAT ISLAM MELAKUKAN DAKWAH

Islam mewajibkan umatnya supaya menyampaikan dakwah dalam apa cara sekalipun. Bincangkan.

         Dakwah perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing

         Dakwah yang dilakukan perlu dengan cara yang baik supaya orang lain dapat berfikir tentang kebenaran Islam

         Kita tidak boleh berputus asa jika usaha dakwah tidak berjaya

         Kita dilarang menghukum dan menghina seseorang yang belum mendapat hidayat, sebaliknya hendaklah meneruskan usaha dakwah kerana tugas kita hanya menyampaikan dan bukan memberi hidayat.