NOTA TINGKATAN 4

 

TILAWAH AL-QURAN

 

3. LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

 

1.       HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA

         Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah

 

2.       PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA

         Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan

         Memperkecilkan tuntutan agama

         Bangga apabila melanggar larangan Allah

         Menghina orang yang bertakwa

         Menjunjung perbuatan maksiat

         Tidak bersolat

         Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai

         Tidak membayar zakat yang difardhukan

 

3.       GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA

         Musyrikin

-          Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid

         Munafik

-          Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman

         Murtad

-          Orang yang keluar daripada Islam

         A'shi

-          Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya

 

 

4.       AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA

         akidah seseorang terhadap Allah akan rosak

         segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia

         akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat

         dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain

 

5.       CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

         taat dan patuh pada perintah Allah denga bersungguh-sungguh

         meninggalkan segala larangan Allah

         sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka

         berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama

 

 

6.       AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA

         umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun

         agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

         kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa

         wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam