NOTA TINGKATAN 5

 

TAMADUN ISLAM

 

6. SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR

 

1.       Biodata;

·         Muhammad Tahir Bin Syeikh Muhammad

·         Lahir di minangkabau, Indonesia

·         Pelopor gerakan reformasi

 

2.       Sifat peribadi;

·         Berbudi pekerti mulia

·         Tegas, berani , gigih dalam memperjuangkan semangat pembaharuan (At-Tajdid Wal-Islah)

·         Mempunyai asas agama yang kukuh

·         Bijak berhujjah dan bersemangat nasionalis

·         Kreatif dalam penulisan yang mempengaruhi pemikirab orang melayu

 

3.       Pendidikan;

·         Dihantar ke Mekah untuk mempelajari ilmu agama (menetap selama 12 tahun)

·         Menuntut di Univ. al-Azhar (mendapat pengaruh dari Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammd Abduh)

·         Dikenali sebagai ahli Falak

 

 

 

4.       Sumbangan;

·         Sumbangan yang amat besar terhadap pemikiran islam (penulisan, ceramah dsb)

·         Aktif memberi kesedaran dan kebangkitan semangat nasionalis

·         Berusaha memperbaiki pemikiran orang melayu yang percaya kepada perkara khurafat dan syirik

·         Menggalakkan orang islam supaya berfikir ke arah kemajuan

·         Bergerak cergas dalam gerakan Islam di Tanah Melayu

·         Menyebarkan fahaman melalui majlis-majlis ramah mesra

·         Menerbitkan majalah Al-Imam (membincangkan kemunduran orang melayu, penjajahan, kekurangan ilmu pengetahuan dll)

·         Menyeru umat islam mencari ilmu pengetahuan,memperbaharui cara hidup sesuai dengan cara islam

·         Menubuhkan pusat pendidikan di Singapura (Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah)

·         Terlibat dalam seni kesusasteraan melayu