NOTA TINGKATAN 4

 

TAMADUN ISLAM

 

1. KERAJAAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

PENGENALAN RINGKAS 4 KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

a.       KHALIFAH ABU BAKAR ( memerintah dari 11 H 13 H )

         Nama sebenar; abdullah bin abi qahafah

         Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran rasulullah

         Keturunan bani tamim

         Orang pertama memeluk islam

         Digelar as-siddiq kerana mengakui kebenaran rasulullah dalam peristiwa israk mikraj

         Berhijrah bersama rasulullah ke madinah dan berada bersama baginda ketika di gua thur

b.       KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB (memerintah dari 13 H 23 H )

         Nama sebenar; umar bin al-khattab bin naufal

         Lahir 13 tahun selepas kelahiran rasulullah

         Keturunan bani adi

         Digelar al-faruk kerana dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan

         Beliau berhijrah secara terang dengan mencabar orang quraisy hendak membunuhnya

c.       KHALIFAH USMAN BIN AFFAN (memerintah dari 23 H 35 H )

         Dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran rasulullah

         Berketurunan bani umaiyah

         Digelar zu an-nurain kerana mengahwini 2 puteri rasulullah

d.       KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

         Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim

         Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi muhammad

         Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam

         Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala

 

 

 

CARA PERLANTIKAN SETIAP KHALIFAH

 

a.       PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR

         Berlaku perselisihan pendapat mengenai siapa yang layak menggantikan tempat rasulullah selepas kewafatan baginda

         Orang ansar telah mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mencadangkan saad bin abi ubadah menjadi khalifah

         Orang muhajirin termasuk abu bakar dan umar telah bergegas ke tempat perjumpaan tersebut setelah mendengar perjumpaan dan agenda yang dijalankan

         Setelah berlaku perbincangan, abu bakar memberi ucapan dan mencadangkan umar atau abu ubaidah dipilih untuk menjawat jawatan khalifah

         Kedua-dua yang dicadangkan telah membantah pencalonan tersebut, lantas umar berjabat tangan untuk baiah kepada abu bakar as-siddiq bagi menjawat jawatan khalifah dan diikuti oleh umat islam lain

b.       PERLANTIKAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

         Ketika abu bakar jatuh sakit, beliau merasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan

         Abu bakar berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah umar bin al-khattab

         Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut

         Usman bin affan telah menulis wasiat atas permintaan abu bakar as-siddiq, dan memperdengarkannya kepada beliau dan orang ramai berkenaan cadangan tersebut.

         Orang ramai bersetuju dengan cadangan melantik umar selepas kewafatan abu bakar

c.       PERLANTIKAN KHALIFAH USMAN BIN AFFAN

         Setelah umar ditikam oleh abu lu'luah yang beragma majusi, beberapa orang sahabat telah berjumpa umar dan mendesak agar dilantik penggantinya

         Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat antaranya ali bin abi talib dan usman

         Abdul rahman bin auf yang dicadangkan telah menarik diri dan berjanji untuk menjalankan pemilihan dan temu bual bersama orang ramai untuk memilih ali atau usman yang lebih layak menjadi khalifah

         Setelah orang ramai memilih usman yang layak menjadi khalifah terlebih dahulu dan dituruti oleh ali, abdul rahman mengumumkan perlantikan tersebut dan diikuti oleh para sahabat lain

d.       PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

         Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil

         Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah

         Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir

         Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan

 

 

BUKTI KEPIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN DALAM PERNTADBIRAN NEGARA

 

         Mereka menjadi rujukan umat islam kerana mereka adalah antara yang terapat dengan rasulullah dan menerima didikan terus dari rasulullah

         Mereka dapat menyelesaikan masalah yang timbul di zamannya dengan baik seperti saidina abu bakar yang dapat menumpaskan golongan enggan membayar zakat dan golongan nabi-nabi palsu

         Rakyat diperintah secara adil dan menjalankan undang-undang berdasarkan al-quran dan sunnah

         Mereka lebih mengutamakan akhirat dari dunia hingga tidak memerlukan pengawal peribadi semasa mentadbir negara

         Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan kerana mereka bersifat terbuka

 

DASAR PENTADBIRAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

         Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-quran dan al-hadis

         Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad

         Khalifah merupakan ketua negara

         Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan rasulnya

         Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran yang betul dll

 

 

 

 

SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

a.       KHALIFAH ABU BAKAR

         Mendaulatkan kerajaan islam madinah daripada nacman golongan murtad, gerakan nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat

         Membebaskan negeri-negeri dibawah pengaruh rom dan parsi

         Mengumpul tulisan-tulisan al-quran

b.       KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

         Menyusun pnetadbiran majlis syura

         Menubuhkan beberapa jabatan bagi melicinkan pentadbiran negara

         Menyusun undang-undang tanah negara

         Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah

         Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut

c.       KHALIFAH USMAN BIN AFFAN

         Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara

         Mengumpul dan membukukan al-quran dalam satu naskhah

         Membesarkan angakatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada peluasan kuasa ean wilayah

d.       KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

         Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram

 

KEMAJUAN YANG DICAPAI SEMASA PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

a.       Sosial

                                                   i.      Maysarakat yang terdiri dari perlbagai bangsa dan agama hidup dalam keadaan harmoni bebas mengamalkan ajaran masing-masing tetapi patuh dengan sistem pentadbiran islam

                                                 ii.      Pendidikan diambil berat oleh khulafak. Masjid dijadikan pusat pendidikan. " kuttab " didirikan disekitar masjid oleh golongan kaya. Guru-guru dilantik dari kalangan yang mampu mengajar al-quran, menulis, membaca dan mengajarbidang-bidang tertentu seperti sirah, seni lukis, dan syair

                                                iii.      Para khulafak menjaga kebajikan setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai contoh, pegawai khas dilantik untuk memantau ketua-ketua wilayah supaya sentiasa tidak membebankan rakyat

                                                iv.      Para khulafak tidak memilih pangkat dan kedudukan dlan\m menguatkuasakan undang-undang

                                                 v.      Pelbagai kemudahan awam diwujudkan seperti baitul mal untuk menyimpan harta kerajaan, bandar-bandar baru dibangunkan, sistem saliran dan empangan diadakan untuk memajukan sektor pertanian

b.       Ekonomi

                                                   i.      Negara mempunyai banyak kawasan pertanian yang subur pada zaman umar dan usman

                                                 ii.      Harta negara kiat meningkat hasil dari zakat, jizyah, ghanimah, fai'e, usyur dll

                                                iii.      Jabatan khas ditubuhkan untuk memastikan cukai dipungut dengan lebih sistematik

c.       Peluasan kawasan

                                                   i.      Negara islam kian meluas dari setiap pemerintahan khulafak

                                                 ii.      Negara islam meluas hingga ke utara afrika, turkistan dan hingga ke pulau cyprus

 

 

KESAN POSITIF DARIPADA KEPIMPINAN DAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

a.       Corak kepimpinan

         Pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan syariat islam

b.       Sifat pemimpin

         Pemimpin negara yang dipilih adalah dari kalangan yang berakhlak dan berwawasan memajukan negara

c.       Pertahanan

         Diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas dari ancaman luar

d.       Ekonomi

         Dasar ekonomi digubal secara adil untuk rakyat

e.       Sosial

         Ilmu pengetahuan diberi perhatian untuk rakyat

         Rakyat dilayan sama rata

         Kebajikan rakyat dijaga terutama golongan fakir miskin

 

AKIBAT YANG TIMBUL SEMASA UMAT ISLAM DAHULU MEMBELAKANGKAN PEMERINTAHAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

a.       Negara islam selepas khulafak ar-rasyidin dipimpin oleh khulafak secara warisan

b.       Keadaan huru hara pada zaman usman dan ali akibat meluasnya perbuatan fitnah dan sikap bermusuhan sesama sendiri

c.       Orang munafik memecahbelakan umat islam

d.       Timbul perpecahan aliran fikiran seperti ahli sunnah, syiah dan khawarij yang meruntuhkan perpaduan umat islam

 

 

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DICONTOHI DARI KEJAYAAN PIMPINAN KHULAFAK AR-RASYIDIN

 

a.       Menjalankan urusan kehidupan dengan akidah yang benar

b.       Patuh kepada syariat islam dan sanggup berjihad mempertahankan kesucian agama islam

c.       Mendalami ilmu pengetahuan yang banyak seperti khulafak ar-rasyidin yang mahir dalam ilmu agama dan pentadbiran

d.       Melaksanakan sistem syura dalam mencari keputusan dan mementingkan perpaduan ramai bukan perpaduan puak sahaja

e.       Membela golongan miskin dan mencari sumber-sumber kewangan untuk memajukan pentadbiran negara

f.        Rakyat diberi hak untuk mengamalkan agama masing-masing asalkan tidak menggangu pentadbiran yang berteras kepada syariat

g.       Dakwah perlu dijalankan oleh individu dan kerajaan bagi memerangi syirik dan kekufuran