NOTA TINGKATAN 5

 

IBADAH

 

2. KAIFIYAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

 

 Pemilihan calon suami

a.       Menerangkan ciri-ciri bakal suami & isteri

       Berharta

       Berketurunan baik

       Cantik

       Beragama

 

b.       Menghurai perempuan yang haram dikahwini

i.         Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :

         Faktor keturunan. Contoh :

1)       Ibu, nenek dan ke atas

2)       Anak, cucu, cicit dan ke bawah

3)       Adik beradik perempuan seibu sebapa

4)       Adik beradik perempuan seibu

5)       Adik beradik perempuan sebapa

6)       Emak saudara sebelah bapa

7)       Emak saudara sebelah ibu

8)       Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah

9)       Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah

 

         Faktor penyusuan. Contoh :

1)       Ibu susuan

2)       Adik beradik ibu susuan

3)       Adik beradik susuan

4)       Anak saudara ibu susuan

5)       Ibu mentua susuan

 

         Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :

1)       Ibu mentua dan ke atas

2)       Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak

3)       Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi)

4)       Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak

 

ii.        Haram buat sementara waktu

         Perempuan yang ditalak tiga

         Isteri orang

         Perempuan yang masih dalam idah

         Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan

         Perempuan yang tidak beragama samawi

         Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa

         Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri

 

 

 Peminangan dan batas-batas pergaulan

a.       Merisik

    Maksud:          langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh seseorang

    Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya

b.       Meminang

   Maksud:          lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya

   Konsep :     

-          Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri

-          Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan

-          Biasanya pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran atau ada unsur maksiat )

c.        Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :

         Masih seperti orang asing / ajnabi

         Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram

 

 

 Rukun-rukun nikah

1.       Bakal suami

2.      Bakal isteri

3.      Wali;

Syarat wali;

i.         Islam

ii.        Berakal

iii.      Adil

iv.      Bukan dalam ihram

v.        Baligh

vi.      Lelaki

vii.     Dengan rela sendiri

 

         Jenis-jenis wali ;

i.         Wali nasab ( keturunan )

a.       Wali mujbir

b.       Wali bukan mujbir

ii.       Wali hakim

-          Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya

 

         Susunan wali ;

      Bapa (wali mujbir)

      Datuk sebelah bapa (wali mujbir)

      Adik beradik lelaki seibu sebapa

      Adik beradik lelaki sebapa

      Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah

      Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah

      Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas

      Bapa saudara dari sebelah bapa

      Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)

      Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)

      Raja (wali hakim)

 

         Syarat perkahwinan dari wali mujbir;

i.         anak dan bapa tidak bermusuhan

ii.       bakal suami sekufu dengan anaknya

iii.      mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya

iv.      bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin

v.       bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat

 

         Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim

i.         Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan

ii.       Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati

iii.      Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah

iv.      Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi

v.       Wali sedang dalam ihram haji atau umrah

vi.      Wali mnyembunyikan diri

vii.    Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan

viii.   Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya

ix.      Wali enggan mewalikan perempuan itu

 

4.       2 orang saksi;

         Syarat saksi;

i.         Baligh

ii.       Adil

iii.      Berakal

iv.      Merdeka

v.       Sempurna penglihatan & pendengaran

 

5.      Lafaz ijab dan kabul;

         Syarat lafaz ijab;

          Dilafazkan oleh wali atau wakilnya

          Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis

          Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran

          Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi

          Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul

          Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan

         Syarat lafaz kabul;

         Tidak menyalahi ijab

         Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya

         Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya

         Dalam satu majlis

         Ucapan kabul selepas ijab

         Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama

         Bahasa yang jelas dan mudah difahami

         Tidak dengan lafaz taklik

 

 

 Mahar

a.       Maksud mahar :

         Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

b.       Hukum nahar :

         wajib

c.        Jenis nahar :

         Mahar musamma:

-          Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

         Mahar misil  :

-          Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri

d.       Kadar mahar:

         Islam tidak menetapkan kadar mahar

         Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri

         Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan

e.       Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:

         Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan

         Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya

         Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing

f.         Syarat mahar :

         Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar

         harta yang bernilai

         bukan harta yang dirampas

         bersih dan halal

         kadar dan jenis disebut dengan jelas

g.       Hikmah diwajibkan mahar :

         Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama

         Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga

         Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri

         Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita

 

 

 Walimatul urus

a.       Maksud walimatul urus :

         kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan

b.       Hukum walimatul urus :

         Sunat muakkad

c.       Adab walimatul urus :

         Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai

         Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri

         Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas

 

d.       Hikmah walimatul urus :

         Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga

         Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan

         Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin

         Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangantelah menjadi suami isteri yang sah