|
·
JENIS-JENIS DAM
1.
TERTIB TAKDIL
·
MAKSUD :
-
Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya
mengikut nilaian harga dam
·
JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.
Melakukan persetubuhan yang merosakkan haji
sebelum tahallul awal
·
CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
ê
Menyembelih seekor unta
ê
Menyembelih seekor lembu
ê
Menyembelih 7 ekor kambing
ê
Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta dan
diberi makanan tadi kepada fakir miskin di mekah
ê
Berpuasa mengikut jumlah bilangan cupak makanan
yang dibeli dengan nilai harga seekor unta
b.
Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke mekah
setelah berniat ihram
·
CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
ê
Menyembelih seekor kambing
ê
Membeli makanan dengan nilaian harga yang sama dan
disedekahkan kepada fakir miskin
ê
Berpuasa dengan bilangan hari sama dengan bilangan
cupak makan yang dibeli bagi harga seekor kambing
2.
TERTIB TAKDIR
·
MAKSUD :
-
Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya
mengikut kadar yang yang ditentukan mengikut kemampuan
·
JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.
Mengerjakan haji tamattuk atau haji qiran
b.
Tidak wukuf di padang arafah
c.
Tidak melakukan perkara wajib haji seperti tidak melontar
jumrah dan tidak berihram di miqat
d.
Tidak melakukan tawaf widak
·
CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
ê
Menyembelih seekor kambing
ê
Berpuasa selama 10 hari iaitu 3 hari di mekah dan
7 hari setelah pulang ke kampung
3.
TAKHYIR TAKDIL
·
MAKSUD :
-
Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis
dam yang ditetapkan syarak dan boleh membayarnya mengikut
nilaian harga dam
·
JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.
Memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal
dimakan
b.
Memutung, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan atau pokok
di tanah haram yang tumbuh sendiri
·
CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN
-
Menyembelih binatan yang sama bandingan dengan
binatang yang telah diburu
-
Memberi sedekah makanan kepada fakir miskin
mengikut nilai binatang yang disembelih
-
Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang
boleh dibeli mengikut nilai binatang sembelihan
4.
TAKHYIR TAKDIR
·
MAKSUD :
-
Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis
dam yang ditetapkan syarak, atau membayarnya mengikut kadar
yang ditentukan mengikut kemampuan
·
JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN DAM INI
a.
Memotong / mencabut rambut / bulu pada mana-mana bahagian
tubuh badan
b.
Mengerat kuku / menaggalkannya
c.
Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
d.
Memakai minyak pada rambut / janggut / misai
e.
Memakai bau-bauan pada pakaian / badan
f.
Melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong
kepada persetubuhan
g.
Melakukan persetubuhan kali kedua selepas persetubuhan yang
merosakkan haji
h.
Melakukan persetubuhan selepas tahallul pertama
·
CARA PEMBAYARAN DAM / DENDA YANG DIKENAKAN (
dibenarkan memilih mana-mana cara berikut )
-
Menyembelih seekor kambing
-
Bersedekah kepada enam orang fakir miskin,
tiap-tiap seorang 2 cupak
-
Berpuasa selama 3 hari
|