NOTA TINGKATAN 5

 

HADIS

 

2. ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH

 

(Riwayat Bukhari)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa yang memusuhi wali-Ku, ku mengisytihan perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatan-nya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya.

 

 

 

1.       Wali Allah S.W.T.

         Wali dari segi bahasa bermaksud : bantuan atau perlindungan daripada Allah S.W.T..

         Dari segi istilah pula wali bermaksud : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, dan beristiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhkan segala larangan-Nya secara zahir dan batin.

         Wali tidak bersifat maksum dan tidak mempunyai mukjizat.

         Sesetengah wali dikurniakan dengan kebolehan melakukan perkara luar biasa. Tetapi ia bukanlah syarat bagi seorang wali.

         Contoh wali Allah S.W.T. ialah para sahabat Rasulullah S.A.W. dan Al-Salaf Al-Soleh seperti Uwais Al-Qarni, Hasan Al-Basri, dan Rabiatul Adawiyyah.

 

2.       Amalan-Amalan Sunat Yang Boleh Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T.

         Amalan sunat dari aspek hubungan dengan Allah S.W.T., antaranya ialah:

a.       solat sunat seperti solat Dhuha, solat sunat Rawatib, solat Tahajud, dan solat sunat Mutlak;

b.       puasa sunat seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis;

c.       membaca Al-Quran Al-Karim;

d.       berzikir;

e.       berdoa;

f.        berakikah dan berkorban.

 

         Amalan sunat dari aspek hubungan sesama manusia, antaranya ialah:

a.       memberi senyuman;

b.       nasihat-menasihati;

c.       ziarah-menziarahi;

 

3.       Kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadat Nawafil (Sunat)

         l. Dikasihi dan disayangi oleh Allah S.W.T. dan rasul.

         Kehidupan akan diberkati oleh Allah S.W.T.

         Allah S.W.T. memelihara segala anggotanya daripada melakukan perkara maksiat.

         Doanya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

         Allah S.W.T. melindunginya daripada sebarang keburukan.

         Allah S.W.T. memberi ganjaran pahala dan syurga.

         Dia akan dapat mengecapi kenikmatan beribadat.  

         Segala kekurangan amalan fardunya akan ditampung dengan ibadat nawafilnya.

 

4.       Rumusan

         Allah S.W.T. memurkai orang yang bermusuhan dengan orang yang beriman.

         Orang beriman wajib melaksanakan segala perkara yang difardukan ke atasnya dengan penuh ketaatan.

         Kekasih Allah S.W.T. ialah orang mukmin yang melakukan banyak ibadat nawafil.

         Orang yang hampir kepada Allah S.W.T. ialah orang yang mukmin yang berilmu, beramal, dan berakhlak mulia.

         Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. dan sesama manusia.

         Allah S.W.T. akan memberi pertunjuk kepada orang yang bertaqwa kepada-Nya.

         Allah S.W.T. memperkenankan doa orang hampir kepada-Nya.