NOTA TINGKATAN 4

 

IBADAT

 

6. GADAIAN DAN SYARIKAT

 

GADAIAN

 

1.       MAKSUD

         dari segi bahasa       : menahan sesuatu

         dari segi istilah         : sasuatu barabgab yang bernilai yang dijadikan cagaran oleh                                                    pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman

 

2.       RUKUN GADAIAN :

1.       Penggadai

2.       Pemegang gadaian

3.       Barang yang digadai

4.       Barang yang diberi kepada penggadai ( bayaran )

5.       Ijab dan Kabul

 

3.       SYARAT SAH GADAIAN :

         Harta yang digadai itu sah untuk dijual beli

         Orang yang mengadai dan yang menerima gadai, akil baligh

         Gadaian dibuat dengan kerelaan sendiri bukan paksaan

         Barang kepunyaan sendiri

         Tidak boleh merugikan oprang yang menggadai

         Tidak merugikan orang yang menerima gadai

 

4.       PERKARA YANG MEMBATALKAN GADAIAN :

         Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai

         Penggadai telah membayar semua dengan hutangnya

         Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah

         Pemegang gadai membatalkan ( fasakh ) gadai walaupun tanpa pengatahuan penggadai

         Penggadai meninggal dunia

         Barang yang digadai rosak

         Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain.

 

5.       HIKMAH GADAIAN SECARA ISLAM:

         Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan

         Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang

         Memudahkan seseorang mendapatkan hutang modal bagi memulakan perniagaan

         Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi

         Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain

 

6.       PERBEZAAN ANTARA AMALAN GADAIAN ISLAM DENGAN GADAIAN BUKAN ISLAM

         Gadaian Islam :

1.       Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal

2.       Cara pembayaran melalui nilai barang dan upah

3.       Membantu meringankan kesusahan

         Gadaian bukan Islam

1.       Barang gadaian akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian

2.       Cara pembayaran melalui nilai barang termasuk faedah

3.       membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur-unsur riba atau gharar

 

 

 

SYARIKAT

 

1.       MAKSUD :

         Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih

 

2.       RUKUN :

1.       Ahli syarikat

- berakal, baligh, merdeka dan dengan kemahuan sendiri

2.       Modal

- ia meliputi barang ( harta ) dan kepakaran

3.       Lafaz akad

- mesti mengandungi erti izin untuk membelanjakan harta syarikat

 

3.       PERKARA YANG MEMBATALKAN SYARIKAT :

         syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi

         kematian salah seorang daripada ahli yang berkongsi

         salah seorang rakan kongsi menjadi murtad dan lari kenegara musuh

         hilang kelayakan seperti gila yang berterusan

         salah seorang rakan konsgsi membatalkan penyertaan dalam syarikat

 

4.       HIKMAH SYARIKAT :

         salah satu cara memajukan ekonomi seseuatu bangsa dan negara

         dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak terdaya dilakukan oleh orang perseorangan

         dapat membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama di antara satu sama lain