NOTA TINGKATAN 4

 

TAMADUN ISLAM

 

2. KERAJAAN BANI UMAIYAH

 

1.       SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

 

·         Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah

·         Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah

·         Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab

·         Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati

·         Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim

·         Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat :

-          Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah

-          Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad

-          Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

 

 

2.       SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

 

·         KETENTERAAN

·         Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi

·         Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :

1)                  Pasukan tengah

2)                  Pasukan sayap kanan

3)                  Pasukan sayap kiri

4)                  Pasukan hadapan

5)                  Pasukan barisan belakang

·         Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.

·         Angkatan tentera juga terdiri dari

1)                  Pasukan berkuda

2)                  Pasukan berkenderaan

3)                  Pasukan jalan kaki

·         Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas

·         Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah

·         Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat

·         Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan

·         Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )

·         PENDIDIKAN

-          Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan

-          Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu

-          Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu

-          Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah

-          Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari

-          Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini

·         EKONOMI

-          Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan

-          Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini

-          Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan

-          Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun

-          Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll

-          Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara

-          Hasil negara ketika itu terdiri dari :

1)                  Kharaj

2)                  Jizyah

3)                  Zakat

4)                  Usyur

5)                  Fai'e

6)                  Zakat

7)                  Ghanimah

 

 

3.       FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

 

·         Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.

-          Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk meluaskan islam keseluruh dunia

·         Penguasaan ilmu pengetahuan.

-          Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan

·         Ekonomi yang stabil.

-          Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi

·         Kekuatan tentera

-          Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan islam ke India, afrika utara dll

·         Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat

-          Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma

·         Semangat jihad yang tinggi

-          Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran

 

 

4.       KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

 

·         Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya

·         Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin

·         Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat

·         Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali

·         Melaksanakan hukuman dengan adil

·         Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam

·         Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat

 

 

5.       FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

 

·         Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam

·         Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara

·         Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah

·         Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah

 

 

6.       PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA NEGARA ISLAM

 

·         Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada masa dahulu

·         Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang  demi meninggikan taraf umat islam

·         Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas

·         Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.