|
1.
MAKSUD :
·
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika
mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda
mensyukuri kurniaan Allah.
2.
HUKUM :
·
Sunat muakkad
·
Bagi lelaki = sunat 2 ekor kambing
·
Bagi perempuan = sunat 1 ekor kambing.
·
lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian
3.
WAKTU AKIKAH :
·
Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
·
Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )
4.
SYARAT SAH :
·
niat akikah ketika sembelih
·
tidak cacat serta cukup umur
·
ikut syarat sah sembelihan
5.
DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :
·
mestilah binatang an'am
·
tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
·
sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
·
sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging
yang dipotong
6.
SUNAT AKIKAH :
·
berdoa ketika hendak menyembelih
·
menyembelih ketika matahari sedang naik
·
dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
·
tidak mematahkan tulang binatang akikah
·
mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
binatang akikah
·
dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran
7.
HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :
·
sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
·
untuk menghebahkan kepada orang ramai atas
kesyukuran / kurniaan Allah
·
bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara
kebaikan
·
mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga
bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
·
sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa
dengan anak
·
menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang
mendapat cahaya mata
·
mendekatkan bayi yang baru lahir dengan
penghayatan Islam.
|