|
1.
Menjelaskan maksud ahli sunnah wal-jamaah
a.
Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul
dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang
perkara bida'ah.
b.
Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul
hadis.
2.
Menerangkan kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
a.
Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam.
b.
Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh abu hasan
al-asy'ari dan abu mansur al-maturidi
c.
Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan asl-jamaah
d.
Dinamakan ahli as-sunnah kerana
i.
mereka menerima dan beramal dengan sunnah
rasulullah
e.
Dinamakan al-jamaah kerana mereka
i.
berkumpul diatas kebenaran dan
ii.
bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar serta
iii.
menghidupkan sunnah dan
iv.
menentang perkara bid'ah
3.
Menyenarai prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
a.
Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
b.
Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c.
Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada
al-quran dan as-sunnah
d.
Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak
sealiran dengan mereka
e.
Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih
4.
Menghurai pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa
isu
a.
Al-quran bukan makhluk
i.
Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang
bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
b.
Melihat allah
i.
Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat
melihat allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang
disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
c.
Pelaku dosa besar
i.
Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira
sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik
kerana telah melakukan dosa besar
d.
Iman bertambah dan berkurang
i.
Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang
boleh bertambah dan berkurang
ii.
Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
iii.
Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan
maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu
5.
Menghurai kepentingan berpegang dengan akidah ahli sunnah
wal-jamaah
a.
Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan
kesesatan
i.
Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber
yang sahih iaitu al-quran dan as-sunnah
b.
Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
i.
Kerana amalan seseorang hanya diterima jika
bersandarkan akidah yang betul
c.
Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar
|