NOTA TINGKATAN 4

 

AKIDAH

 

1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

 

1.       MAKSUD IMAN

-          DARI SEGI BAHASA :

§         percaya

-          DARI SEGI ISTILAH :

§         Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

 

2.       KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

-          membentuk insan muslim sejati

-          supaya istiqamah dalam ibadat

-          melahirkan generasi berakhlak mulia

 

 

 

3.       PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

·         SYIRIK

·         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

·         JENIS-JENIS SYIRIK :

1.         Syirik Jali

-    Maksud :

§         perlakuan syirik secara terang-terangan

-    Contoh :

§         menyembah patung dan berhala

§         menyembah bulan atau matahari

§         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

-    Akibat :

§         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

 

2.         Syirik Khafi 

-    Maksud :

§         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

-    Contoh :

§         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),

§         ujub (mengagumi diri sendiri),

§         takbur (membangga diri)

-    Akibat       :

§         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat

§         sukar menerima pandangan orang lain

 

3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

·         Ia membatalkan iman seseorang

·         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah

·         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik

·         Mencemarkan kesucian agama Islam

 

4.       Cara mengelak perbuatan syirik

·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas

·         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi

·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

 

5.       Kesan syirik

·         Membatalkan iman

·         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah

·         Dimurkai Allah

 

 

·         KUFUR

·         MAKSUD :

-          tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

 

·         JENIS-JENIS KUFUR :

1.       Kufur Hakikat :

-    Maksud :

§          ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

-    Contoh :   

§          tidak mengakui balasan diakhirat

§          menolak hukum yang terdapat dalam al-quran

§          menyatakan solat fardhu merugikan masa

§          menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

2.       Kufur Nikmat :

-    Maksud :

§          mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

-    Contoh :   

§          menggunakan nikmat kejalan maksiat

§          enggan mengeluarkan zakat / sedekah

§          boros membelanjakan harta

 

·         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :

§      pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala

§      terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan

§      kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

 

·          KESAN PERBUATAN KUFUR ….

 

 

·         RIDDAH

·         MAKSUD :

-          berpaling atau keluar daripada agama islam

 

·         SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

-            Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam

-            Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam

-            Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

 

·         SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH

-            lemah pegangan agama

-            jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam

-            terpengaruh dengan tawaran kebendaan

 

·         AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD

-            hubungan suami isteri terfasakh

-            haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam

-            haram dikebumikan diperkuburan Islam

-            menjadi penghuni neraka selama-selamanya

 

·         CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD

-            memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam

-            memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

-            pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

 

·         TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD

-           menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam

-           sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

 

·         HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD

-            memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan

-            mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam

-            menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

 

·         LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD

-           berpegang teguh dengan ajaran islam

-           menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah

-           mendalami ilmu-ilmu agama

 

·         LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD

-           memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam

-           memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad

-           mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

 

·         KESAN PERBUATAN MURTAD …

 

 

·         KHURAFAT

·         MAKSUD

-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

 

·         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

-            membuang ancak bagi menghalau hantu

-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat

 

·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM

-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat

-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat

-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

 

·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat

-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat

-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

 

·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

-            menyebabkan syirik dan batal iman

-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

 

 

·         SIHIR

·         MAKSUD

-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

 

·         CONTOH

-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna

-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan

-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

 

·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR

-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain

-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang

-           ada perasaan benci terhadap seseorang

 

·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR

-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir

-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat

-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

 

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR

-            merosakkan akidah dan membatalkan iman

-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah

-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

 

·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR

-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara

-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera

-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

 

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR

-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat

-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya

-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

 

 

·         NIFAK

·         MAKSUD

-            Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

 

·         CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

-           berdusta apabila bercakap

-           khianat apabila diberi amanah

-           bersikap melampaui batas apabila bertengkar

-           selalu mungkir janji

 

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK

-           meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

-           bercakap benar apabila berbicara

-           bersifat jujur dan amanah

-           menunaikan janji

 

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK

-            menghilangkan sikap percaya-mempercayai

-            melemahkan perpaduan masyarakat

-            menghancurkan kekuatan umat islam

 

 

 

4.       CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN

·         Berpegang teguh pada ajaran Allah

·         Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah

·         Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

 

5.       KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL

·         Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah

·         Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah

·         Dilaknat dan dibenci oleh Allah

·         Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

 

6.       PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA

ORANG FASIK

·         Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah

·         Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah

ORANG MUNAFIK

·         Keimanan mereka berpura-pura sahaja

·         Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah

ORANG YANG SEMPURNA IMAN

·         Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah

·         Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan

·         Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan