NOTA TINGKATAN 4

 

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH

 

7. ADAB MENZIARAHI JENAZAH

 

 

1.       KEPENTINGAN MENZIARAHI JENAZAH

·         Dapat mengekalkan dan mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim

·         Sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah

·         Untuk mengurus jenazah dan melakukan perkara-perkara wajib ke atasnya

 

2.       GARIS PANDUAN DAN ADAB MENZIARAHI JENAZAH ISLAM

·         Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah

·         Menunaikan solat jenazah

·         Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian

·         Melahirkan perasaan dukacita kepada waris diatas kembalinya ke rahmatullah

·         Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan duka cita keluarga jenazah

·         Mengingatkan jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah

·         Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi tiga hari

·         Disunatkan membanyakkan membaca al-quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan

 

3.       PERKARA YANG TIDAK BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH ISLAM

·         Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung

·         Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu

·         Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti menumpat jenazah atau bergurau senda

·         Tidak redha dengan takdir Allah

 

4.       HIKMAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH

·         Sebagai tanda hormat kepada jenazah dan keluarga jenazah

·         Untuk menunjukkan umat Islam sedar bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti datang dan ia adalah ketentuan Allah

·         Umat islam tidak akan menyalahkan takdir dan qadhak Allah.

 

5.       HIKMAH MENZIARAHI JENAZAH

·         Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah

·         Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahlinya

·         Memberi keinsafan bahawa kematian adalah sebahagian daripada qadhak Allah yang perlu diterima oleh semua makhluknya

·         Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim keatas muslim yang lain