NOTA TINGKATAN 4

 

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH

 

6. ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

 

 

1.       ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM :

·         Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan

·         Bertimbang rasa dengan pengguna lain

·         Melaporkan kerosakkan kepada pihak yang bertanggungjawab

·         Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran

·         Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam

 

2.       KEPENTINGAN KEMUDAHAN AWAM KEPADA

·         Individu :

§         memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu

§         menjamin kesejahteraan hidup

§         membantu ketika kecemasan

§         menjimatkan perbelanjaan

 

·         Masyarakat :

§         menjalin hubungan silaturrahim

§         menjalin semangat perpaduan

§         memupuk semangat bertoleransi

 

·         Negara :

§         dapat menarik pelancong

§         menjimatkan peruntukan kewangan

§         meningkatkan ekonomi

 

3.       CONTOH PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN AWAM :

·         Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi

·         Membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba

·         Membuang sampah bukan pada tempat yang telah disediakan

·         Menconteng papan-papan tanda jalan raya

 

4.       CARA MENINGKATKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA KEMUDAHAN AWAM :

·         Mengadakan kempen kesedaran pentingnya menjaga harta benda awam

·         Menguatkuasakan undang-undang

·         Menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam.